Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

March 27, 2012

Saya mahu ada bakeri sendiri ;)

bakery

Picture : Thanks uncle google :) 

 

Salam,

Dulu masa zaman hingusan, konfem takde yang bercita-cita nak bukak bakeri, bukak restoran atau pon apa2 je berkaitan dengan perniagaan. Mungkin ada la, tapi, bukan directly cakap kat cikgu - “Saya nak bukak restoran,cikgu”. Kurang2 pon, dorang akan cakap, saya nak jadi macam ayah saya, atau saya nak sambung apa yang ayah saya buat sekarang. Time changed and people too….

Masa dulu, if cikgu tanya cita-cita saya, di antara jawapan standard saya – cikgu, polis atau doktor. Bila umur meningkat & makin banyak perkataan baru yg kita tau, cikgu bukan lagi jadi sebutan, upgrade sikit, saya nak jadi pensyarah, saya nak jadi veterinar atau yg paling popular sekarang, saya nak jadi angkasawan. Auuww….

Begitu juga la saya pon. Mak cakap, kalau tak boleh jadi cikgu, upgrade cita-cita saya. Jadi pensyarah. Alhamdulillah. Pengalaman pendek jadi pensyarah UiTM sentiasa ada di ingatan, setiap detik saya selalu teringat kenangan tu. Untuk masa sekarang, cita-cita saya, i mean, “short-term ambition” nak hantar 10 copies draft ke IPS –> waiting for viva voce –> viva preparation –> correction –> prepare the final version of my own thesis. InsyaALLAH.

Tapi, saya ada cita-cita yang baru saya discover ;) Minat untuk bakar membakar, buat saya terasa nak bukak 1 bakeri. Idea banyak, tapi iye la, proses tu amat lah susah. Banyak yang perlu diusahakan, banyak yg perlu dikorban. Untuk masa sekarang, masa saya banyak untuk masters saya, so mungkin lepas ni la kot yer. Hehehe…

Impikan sebuah bakeri yang sama concept macam dalam citer hotaru no hikari, ada balcony, terasa mcm di rumah, ada kucing2 comel pada yg cats lover macam saya. Dan, yang paling penting, apa yg dihidangkan mesti 100% homemade. Dan, di antara menunyer :

100_2697

 

choc chunk cookies

100_2685

choc chip , oats & nuts cookies

 

100_2527

 

red velvet cupcake

100_2366

simple butter cupcake

 

100_2576

   

simple butter cake with cheese cream

 

Ini cuma imagination…Hihihi….way to go shakirah ;)

 

** Lepas nie perlu belajar buat roti pulak. Teringin nak buat cinnamon roll ;)

November 8, 2011

Bread pudding in the making :) Now, it’s done :p

Tengok lebihan roti gardenia yg hampir2 tamat hayat, tak sampai ati nak buang, Dah lama dalam ati nak buat puding roti, tapi tak sampai hajat, sbb barang tak cukup or malas sgt nak buat…Hihihi…godek2 internet, jumpa la resepi utk buat puding roti, tapi banyaknyer dorang bakar dalam oven, tapi I chose to traditionally bake the pudding…guna api je….Hihi….Mak cakap, dulu2 arwah tok suka la buat, tapi kali nie aku pulak nak cuba buat. kalau dulu, makan macam tu je kan, kali nie aku buat dengan vanilla sauce lagik..western la sgt…tapi, not bad la, it still taste good walaupun vanilla sauce tu tawar plak….Hihihi…

100_1571

Mak cakap koyak2 je roti tu, aku je gatai tangan nak potong elok2…hihihi…Roti nie aku rendam dgn susu cair ( nak ganti dgn susu fullcream pon takpe). Aku guna 8 keping roti je + rendam dgn 1 tin susu cair. Rendam for about 30 minutes…At the same time, mix telur, butter & gula. Bila dah kembang, masuk 1 sudu tepung jagung + esen vanilla…Esen vanilla nie nak bagi wangi & boleh hilangkan bau hanyir telur…And then, bila dah siap mix, tuang je atas roti berendam tadik….macam nie…..

100_1575

Nak bagi sedap, letak la kismis….beli kismis kotak dah le….sama je rasanyer pon….hihi….Bekas tu aku gris dgn butter supaya tak melekat, tapi takde maknanyer, melekat gak…tapi masa tengah masak tu, bau dia wangi yang amat….masa tengah masak, naik tinggi, tapi bila dah sejuk, cesss, kecut pulak…kecik je jadinyer….Dan, ini end result utk resepi kali nie…bread pudding with vanilla sauce…fefeeling western sekejap :p

100_1579 Aku makan masa panas lagik, memang heaven sangat rasa…..Bukan tekan lif, naik sendirik, tapi ni aku ikut based on recipe, tapi alhamdulillah, 1st attempt jadi jugak….vanilla sauce pon jadik jugak, cuma mula2 tu tawar…so, the next day, aku tambah icing sugar dalam 2 tablespoon, baru la rasa manis sket…tapi, benda nie takleh makan banyak2, cepat muak, sbb 2-2 tu too creamy…kalo makan sket2 ok la…hehehe…selamat mencuba

 

P/s- sendat perut makan daging, why not makan non-meat food kan..hihi….tapi, im not going vege pon this whole week…. :p

November 1, 2011

1.11.11

Nothing much to share, cuma nak letak koleksi gambo2 makanan weekend hari tu :) 1st attempt buat donat, not bad, walaupun tak la fluffy mcm dekat bakery, tapi it was good,though. Saya tukang uli & the most excited person nak goreng and bentuk donat is my mummy. Hihihi…Dari hari tu nak buat, tapi bila gtau je nak buat, mak slalu cakap, nak makan 2 orang je, better beli. Tapi, apa salahnyer buat sendiri kan…So, this is the output utk 1st attempt buat donat. Resepi amek kat internet, mcm2 site dah visit nak compare resepi, and mostly sama je cara & bahan2 nyer…

100_1518

Mak ckp, buat memanjang, senang masak. Iyo la mak :p

100_1519

Mak jugak yg goreng, sbb kalo aku yg goreng, memang hangit

Tapi, maaf la, takde final output, lupa nak snap, sbb syok makan.Hihihi…. Tapi ada lebihan doh, so, simpan dalam freezer, esok keluarkan , buat pau goreng/burger malaysia or whatever ppl called this kuih…

100_1539

Im so in love with this kuih, Kalau pagi2 tak sempat nak breakfast, sebelum lecture, singgah gerai kat depan bookstore, beli 3 ketul. At least, dapat la alas perut before lunch hour. Tapi, aku buat tak la sesedap macik gerai tu punye, tapi boleh lagi la nak makan. Hihihi

Satu lagi yg aku suka buat nasi goreng ikan goreng. Pelik ke? Hehehe….Itu resepi orang malas, guna je apa yg dalam tudung saji, letak dlm kuali & terus siap. Tapi, kenyang sampai ke petang.

100_1494

Selingan :

100_1505

Budak malas yg kuat sangat makan kebelakangan ni. Pantang pinggan dia kosong, mula la bising tak tentu pasal. Hihihi

August 10, 2011

Untitled

Assalamualaikum,

Wah, dah sepuluh hari kita berpuasa, kejap je rasa….baru je rasa macam semalam kita start puasa, hari ni dah 10 hari….Time flies….Bila time flies, saya pon kecut perut memikirkan masa depan….Adoyaiii….tetibe je senak perut bila sv mintak writing progress, sebab hakikatnyer semenjak bekerja, dah  lama saya tak tengok research saya, kalau tengok pon, sekilas pandang, pastu dah takmau nak tengok…hihihi….

Ok, enough with research thingy, saya nak share resepi lagik…miahahaha….sempena bulan puasa nie, saya rajin untuk cuba resepi yang saya tak pernah cuba selama nie…Alhamdulillah, jadi jugak…lepas nie boleh la buat lagi, so tak payah la nak beli kat kedai dah…hehehe…tadaaaa, ini dia resepi yang saya nak share kali nie….

 

Daging masak merah

100_0715

Gambar nie dengan effect flash, yg bawah takde effect flash :P

100_0716

Okes, ini bahan2 yang kena ada :)

Bahan-bahan :

  • 500 g daging
  • kacang buncis ( nie optional)
  • bawang putih
  • bawang besar
  • sos cili / sos tomato / sos tiram
  • halia
  • daun limau purut ( tak letak pon sbb takde )
  • daun sup / daun bawang ( utk hiasan)
  • garam / gula

Cara-cara :

  1. rebus daging sampai lembut ( saya rebus dalam rice cooker je, lagi cepat dari rebus guna stove)
  2. Bila daging dah lembut, baru letak pewarna merah ( nie nak bagi effect macam kat kedai, tapi saya guna pewarna sirap je )
  3. Ketuk bawang putih & halia, lepas tu tumis sampai naik bau
  4. lepas tu, masuk sos cili, sos tomato & sos tiram
  5. bila dah agak2 naik bau, letak sket je air rebusan daging ( tapi kalau nak kuah banyak, letak lebih sikit pon takpe)
  6. Then, baru la masuk daging tadi ( make sure daging tu kita dah hiris nipis2, nak bagi effect macam kat kedai jugak..hihi )
  7. Lepas tu baru la masuk kacang buncis ( nak letak baby corn pon takpe, saya tak letak sbb beli “teenage corn”, dah keras, takleh nak makan dah :( )
  8. kacau sampai sebati, api jangan la kuat sangat, sbb nanti hangit..lagipon daging tu dah masak kan, so, letak atas api just nak semua bahan mix together je
  9. Last sekali letak garam, tapi letak sikit je sebab sos2 yang kita letak memang dah sedia kala masin, so less is more :)
  10. Bila nak hidang, baru la tabur daun sup & daun bawang….

Ok, dah siap….senang je kan…..Saya google je resepi nie, tapi lupa plak amek dekat mana…Tapi, credit to orang yang sudi share resepi simple nie…..

August 8, 2011

Tadaimaaaaa :)

Wah….sebulan lebih blog takde update…Kot kalo update pon, bkn de sape nk baca…Heee….Dah seminggu kita berpuasa, alhamdulillah, masih diberi kekuatan utk berpuasa & masih diberi kesempatan utk terus berpuasa…Semoga tahun nie, macam tahun lepas, puasa cukup…Hehehe…moga2 penuh la….Lama tak update, almaklum, sibuk dgn keje….wah, cliche gitu….Hari nie nak update apa yer….Dalam minda nie macam nak update, tapi update nyer dlm otak je la, tak sempat nak transfer ke computer…..Hari nie, nak share resepi la….Last weekend, 1st attempt masak seafood spaghetti…..walaupun tak sesedap macam dekat pizza hut, tapi abis jugak sbb itu la juadah buka puasa, itu jugak la juadah bersahur….pastu, pagi tadi, naya, nak pg keje, sakit perut memulas2….adoyai….onion04

Ini dia hasil seafood spaghetti saya yang pertama….Tadaaa…..

100_0717

Yang nie edited version, yang bawah nie original picture :p

100_0720

 

Dan, ini resepinyer :)

Bahan-bahan :

  • separuh paket spaghetti @ angel hair (angel hair nie halus sket dari spaghetti biasa)
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • kepah (optional, taknak letak pon takpe, saya letak, tapi bila makan banyak sgt, jadi muak)
  • capsicum hijau ( sebelah pon dah cukup, hiris nipis2)
  • 1 tin cendawan butang
  • 3 ulas bawang putih
  • Chili flakes ( tak sempat nak beli, so blend je cili kering tu sampai halus )
  • minyak ( tgk resepi lain, ramai yg pakai olive oil, saya pakai minyak jagung je…heee )
  • serbuk lada hitam (optional, kalau nak pedas, letak la)
  • Italian seasoning ( cari kat tesco,dalam botol kecik je)
  • garam

Cara-cara :

  • rebus spaghetti ( letak minyak sket supaya tak melekat, bila dah kembang, tos spaghetti)
  • rebus sotong ( half-cooked je)
  • ketuk bawang putih, bila minyak dah hampir panas, tumis bawang putih, tapi jangan biar hangit.
  • Masuk udang, biar udang masak supaya dapat rasa manis udang
  • Then, masuk kepah…masak sekejap biar kepah tu betul2 masak, then baru masuk sotong
  • Masuk capsicum & cendawan butang ( api biar perlahan, supaya tak over-cooked, tapi, jangan perlahan sgt, nanti tak masak sgt pulak)
  • Bila agak2 semua dah sebati, masukkan spaghetti ( Bila masak spaghetti, takleh kacau macam kita kacau mee, so, kita kena kacau secara circulation)
  • Then, baru la tabur garam, serbuk lada hitam, italian seasoning, & lastly chili flakes
  • kacau2 sket lagi, then terus tutup api
  • Masa nak hidang tu, boleh lagi kalau nak tabur chili flakes :)

Okes, nie dia Italian seasoning yang saya maksudkan…Yang nie la saya selalu guna bila buat spaghetti…Senang, all in one….takyah nak beli asing2 dah :)

100_0738

Dalam botol nie dah ada Oregano, basil, red pepper, marjoram, thyme, rosemary, sage & parsley…So, mudah & cepat…Takde la mahal sgt, botol 13g dalam RM 5.50 je…Ok la, boleh simpan lama, sbb bukan hari2 kita nak masak italian food kan….Hehehe…..Okes, lepas nie nak update daging masak merah plak….Yang nie pon 1st attempt masak jugak…Tapi, alhamdulillah, menjadi jugak onion06

 

Selingan :

Pembantu mak masa mak tengah jahit langsir….Muehehehehe…nyibuk je dia…konon nak tengok…bknnye nak tolong pon :p

100_0723

March 1, 2011

HB for HB ;))

Image0933

Happy birthday to the only one mummy that I have in this whole world

onion16Selamat hari lahir mak! Saya sayang mak, semalam, hari ini, esok, dan selama2nya. onion16

 

Since mak saya hanya boleh sambut besday 4 tahun sekali due to leap year, so, terpaksa la saya sambut besday mak saya setiap tahun pada 28 feb…hihihih….utk tahun nie, sya buat kek, sbb bajet kurang nak beli kek…buat sendirik lagi murah & kualiti terjamin…walaupun tak sedap mcm kek kat secret resepi, tapi takpe la, yg penting, ia adalah home made :p

sumenyer home made, dari kek ke icing…hihi….repeat again, murah & jimat…sbb sya hnya guna barang yg dah ada kat umah je…x perlu nak beli dah….

February 21, 2011

Oreo cheese cake in the making, nope, it’s already done!

Wah, dah lama tak berblog-ing. Myself, please give one good reason? Hihihi….I a damn busy with papers, thesis, incomplete system, etc and etc and etc…onion18

Tapi hari nie terasa sesangat nak menulis sumthing…..last week, sya bersama cik athiyah telah melakukan misi membuat oreo cheese cake utk diri sendiri…I took the recipe from the internet, tapi lupa dah kat mana…tp, kitaorg ubah2 sket la so that recipe to jadi ours…hihii…Here’s the full recipe…maap la, sya mmg tak reti nak letak dlm susunan yg betol2 mcm recipe, tapi as long as org boleh paham…ok la kan…

 

Bahan2

Cheese topping

· 250 gm cream cheese

· ½ cawan gula castor

· 2 biji telur

· 2 bekas plain yogurt

· 1 tbsp esen vanila

· 3 sudu tepung naik sendiri

Oreo base

· 2 packet biskut Oreo (asingkan krim)

· Butter

Cara2

Oreo base

1. Asingkan biskut Oreo dgn krim

2. Hancurkan biskut Oreo (blend pon boleh)

3. Gaul biskut Oreo hancur dgn butter sampai sticky (jgn banyak sgt butter, cukup smpai jadi sticky & boleh mampatkan dlm loyang)

4. Sapu loyang dgn butter

5. Mampatkan biskut oreo yg sticky dlm loyang sampai rata

6. Simpan dalam freezer utk 45 mins ( ktaorg bakar for 10 mins ,then bila nak potong, memang pecah base dia, so, as an alternative, letak je dlm freezer, sbb nanti pon nak masuk dalam oven jugak, so, takyah double bake the oreo base)

Cheese topping

1. Pukul cheese cream dengan gula sampai kembang

2. Masukkan telur 1 per 1, pukul sampai sebati

3. Masukkan yogurt & esen vanilla

4. Pukul sampai jadi krim

5. Tuang cheese krim dalam loyang yang ada oreo base

6. Bakar (suhu 140 c ~ 40 mins)

7. Sejukkan & letak dalam freezer utk semalaman

 

Dan, inilah hasilnyer…

 

P1020674

 P1020699

P1020701

~Selamat mencuba~