November 11, 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT


 (interframe hp sendiri...hik3.... =p)


Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -  



1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

P/S - Ak pon tak tau btol ke tak...saje nak share kat blog nie....somehow, selain connecting people, hp kita nie byk jugak gunanyer...hik3....so, selamat mencuba yer kawan2... =)

September 24, 2009

Bahagia versus Happiness


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti

Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki


(Hakikat bahagia by UNIC)

ak suka lagu nie....apa itu bahagia? ramai yang tahu,ramai jugak yang tak pasti, dan masih ramai lagi yang sentiasa mencari bahagia...macam2 tafsiran tentang bahagia dan individu itu sendiri jer yang tau apa maksud bahagia yang dia ada dan yang dia cari....

tapi setiap kebahagiaan yang kita peroleh datangnya dari Dia..mcm lirik lagu nie, hanya dengan mengingati Dia, kita akan jumpa hakikat bahagia yang sebenar......tidak perlu harta bergunung untuk rasa bahagia, tidak perlu rumah & kereta besar untuk kita rasa bahagia, cukup la kita mengingati ALLAH setiap saat...ak bukan ler manusia yang sempurna dan ak akui kadang kala ak pon lalai dengan nikmat dunia sampai lupa pada ALLAH...(Ya ALLAH, ampunkan hamba-Mu ini.... T.T) tapi ak cuba sedaya upaya untuk sentiasa memperbaiki apa yang kurang pada ak nie...

so, apa maksud bahagia pada korang? how can u define the true happiness in ur life? how can u tell people what is happiness to u....there are no concrete definition of happiness and the definition will keep changing as people interpret it in their own words....as for me, i haven`t found my happiness yet and i don`t think i can really feel the true happiness in my life if i myself unable to define what is happiness to me....but, for sure, the ultimate happiness is with ALLAH....fullstop... =)

September 23, 2009

Raya 09

maaf ler...post kali nie xder flow...sebabnyer ak maen up jer gambo, mana ak up dulu, ak story la sket...sbb motif utama post nie, bukan nak kongsi kisah raya ak, tapi just nak kongsi gambar2 yang ak sempat snap masa raya pertama...2nd day raya dah malas nak snap...hehe...soo, enjoy.... =)


kazen2 ak nie...tyme nak duit raya baru nak cium ak..kalo x, kena cubit pipi baru nak dengar cakap...tahun nie ak kasi duit raya lebih sket...hehehe....


"salam dulu, baru kakak nor kasi duit raya"...hehe...penyegan sungguh nak salam ngn ak..malu apa ntah...bukannyer sapa pon...kazen sendiri...duit mau, salam tak mau..hampes sungguh budak2 sekarang nie....haizzz.... 


3 pak lebai before nak p masjid...beza sungguh si abang dengan adik2 nyer...yang abg, bukan main besar lagi, adik2 kecik jer...haizz...hopefully, dah masuk secondary school nie, abg.long leh control sket badan tu...hehehe....

muahh...heee~....adik lelaki bongsu mak ak...sayang sungguh dia kat mak ak...kui3...

nie maksu ak....adik ipar mak ak...kitorg raya kat umah dia jer...nak balik kampung di kuantan, jauh sgt, so, raya kat taiping jer...yg penting ,dapat raya kat kampung, kampung siapa pon ak x kisah...hehe...nak beraya kampung mertua, ak x kawen lagi...ngeee~


"mak xde harta nak kasi kat anak mak, tapi cukup la kasih sayang mak selama nie"...sebaknyer ak dengar mak ak bisik kat telinga masa ak peluk mak....ya ALLAH, bertuahnyer ak dapat jadi anak mak, tiada galang ganti mak ak kat dunia...nor sayang mak dunia akhirat...insyaALLAH...pas peluk mak, ada ke patut mak ak mintak duit raya..."since nor dah keje, x hulur ke kat mak? aisehh, sempat lagi mak ak wat lawak di pagi raya...maaf ler mak, bajet lari ler...kui3....pas raya je ak blanja mak ak..hee~

taun nie ak raya pakai tema kaler merah..hehe,kebetulan baju mak pon kaler merah, kitaorg tak janji, tapi bila dah beli baju tu baru perasan yg tema sama..hehe...ak x kisah fesyen ke tak, yang penting kaler yg ak nak...kui3...sbb tu di kala org berfesyen mcm2, ak pakai baju kurung ja...sbbnya ak nk ke kaler tu....merah x mak ngah? hehehehe~


nie le umah kampung tempat ak beraya selama 3 tahun berturut2...memang rasa suasana kampung...mandi air kolah, kejar ayam, tulun atuk sedara ak jual buah...kui3....memang jadi "awek kampung" la sekejap...hehehe...i really miss my "kampung" moment...hehe....


September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Hampir sebulan dah kita berpuasa, lusa dah nak raya...huhuh...kejap je masa berlalu sekarang nie...So, dikesempatan nie, ak nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua kawan2 ak...kawan sekolah rendah, menengah, teknik, matrikulasi, USM. kawan2 forum, (Drama Republic, cyber12, ikimonogakari-fanclub)) Facebook, Friendster and rakan sekerja(sapa? pusing2 depa kawan uni ak jugak...kui3)
To all my friends, ak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....halalkan segala makan minum, utang (kalo sket, kasi la halal, kalo banyak, nanti tuntut okies..=p)....mintak halal jugak ilmu dan nasihat korang kat ak slama nie....i really appreciate it....
Ak nak ucapkan gak selamat hari raya kat boss ak a.k.a my main supervisor, Dr.Nasriah, my co-supervisor a.k.a my informal advisor, Pn.Faten, UNESCO employability study team and my social computing group...wahhh, banyak pulak ucapan...kalo dpt wat ucapan kat tv nie, maunyer pengacara tu hangen dengan ak....panjang berjela nak bagi ucapan...kekekeke~
Ok la...tu jer la...Xdak idea dah...ngee~..again, selamat hari raya untuk sumer kawan2 ak...huhuhuh...ramai kawan nie, tapi xder sapa ke nak hulur2 (duit raya)untuk student macam saya nie? wiwiwiwiwi~

September 2, 2009

Nak tgk nie....


(Picture source :dangyunhajisecrets) 

Actors Jung Jin-young and Jang Geun-seok worked together in the 2007 Lee Jun-ik film Happy Life, and are re-teaming for a new film, Itaewon Murder Case [이태원 살인사건].

The story unfolds after a university student is found dead from a violent stabbing in the restroom of a fast-food restaurant in Itaewon, a shopping district in Seoul with a lot of American and non-Korean presence (due partly to the U.S. base nearby). Two Americans are brought in as suspects in the mystery crime thriller.

Jung Jin-young plays a prosecutor determined to dig into the case to find the truth. Baby-faced Jang Geun-seok transforms into a cool-headed roughneck for his role as one of the murder suspects.

The film is actually based on a real-life incident that occurred in an Itaewon Burger King on April 3, 1997. The case sparked outrage when one of the two teenage Americans was able to leave Korea after an early prison release, and returned home despite authorities’ intentions to file more charges against him. The other, a Korean-American, was ultimately acquitted.


credit to : crunchyroll.com

wiwiwi~...i wish premiere movie nie kat korea sama dgn premiere kat Malaysia...but, UNFORTUNATELY, kat malaysia x release lagi...dah abis ak google sumer panggung kat Malaysia nie, tapi xder pon dalam "coming soon" list depa...waaaaaaaaaa~....xsabonyer nak tengok....nape ak nak sgt tgk citer nie? heee~
  • JGS yang berlakon (ak memang "kipas susah mati" (boleh ler....walaupun x tgk lg sumer drama dier...but i will...hehe...))
  • this movie is based on a true story...so, bukan la citer2 dongeng..ngee~

dah lama x tgk wayang...kesian...xder sapa nk belanja + lately citer pon x berapa besh (ak rasa ler)...hehe...hmm...tp one of my friends recommended me to watch "UP" (citer katun ler)...bile agaknyer nk p tengok ekk...xder sapa nk temankan...haizz...anyone volunteer nak teman? ak belanja..ngeee~...serious nie...hik3...=p