July 14, 2009

senyum, tersenyum, menyenyum, disenyum....=)


"A smile is a facial expression formed by flexing those muscles most notably near both ends of the mouth. The smile can also be found around the eyes "

(source:wikipedia.org)

"senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyumlah dari hati, duniamu berseri"

igt lagi x lirik nie? hehe...dulu2 time ak kecik2 de lagu nie slalu kat TV......sepanjang lagu nie, asyik tunjuk muka org senyum jer...heheh....so, apa motif post ak kali nie? sja nak citer pasal senyum....

actually, ak nk citer pasal senyum nie sebab lately ak slalu jumpa org yg payah nak senyum...even ak terpacak depan dia senyum, dia masih hesitate nak membalas senyuman ak....nape? perlu ke kita berkenalan baru nak senyum? adakah senyuman ak nie buruk sesangat smpai dia tengok ak pon xnak senyum? ntah....dia je yg tau...1 class pon tak nak senyum...dah xnak senyum tu sudah la, tgk ak top to toe...nape? ak pakai  baju terbalik ke? ak pakai seluar koyak ke? 

susah sgt ke nak senyum? bukannyer guna tenaga yg banyak pon kalo nak senyum....sedangkan cheetah (pic kat atas tu) pon boleh senyum, apatah lagi kita nie, manusia.....senyum la...xkesah la kenal ke tidak ke...kalo dah org senyum tu, senyum la balik...x rugi pon kalo senyum...dapat pahala lgi tau....

aishh....xpaham ak org yg susah nk "menyenyumkan"(ada ke perkataan nie dlm dewan bahasa? ) diri mereka nie....1 lg kerani2 (yg keje gomen & bank & mana2 lg yg de kaunter), payah benor nak senyum...masam je memanjang (bukan sumer la, tapi kebanyakkan nyer mcm tue la...)...ak tau le korang keje penat, mna de keje yg xpenat...korang kan  keje kat front office, tapi mana etika korang msa bekerja..."mesra pelanggan"...huh, sori la...xberapa nak mesra langsung....marah lg ada...tmbh2 kerani kat I*S....pagi2 dah nak marah ak...ak tanya sebab ak xtau...kalo ak tau xder la ak nk tnya...itu pon nak marah...nyampah ak org mcm tu...senyum pon xnak...lagi ak nyampah....(post nie dah mcm sesi melepaskan geram pulak....)

Meh ak senaraikan kebaikan senyum nie...so, pasnie hopefully korang leh senyum...tak kisah la korang kenal ke x, korang senyum jer(biar le org nak kata giler pon, dia yg dosa, korang dah kira bersedekah...dapat pahala tau.....xnk pahala ker? )....dia nak senyum ke tak, itu lantak dia....xrugi tau senyum...igt ekk...pasnie senyum tau....senyum, jangan x senyum...senyum cepat...SENYUM.....=)

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini
  3. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  4. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  5. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  6. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  7. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

(credit to : http://blogmacammacam.blogspot.com)

abis baca post nie, jangan lupa senyum...senyum baik untuk kesihatan okies.....=)

2 comments:

TheShida said...

waaaa...aku antara orang yang susah nak senyum lor....bukan sombong tp xtau nape...

-kirah- said...

pasnie, belajar la utk senyum ekk...hehehe....=)...cheeseeeeeeeeeeeeeeeeeeee