saje nak share article nie...nampak menarik... =)
Bila kita cakap pasal cinta, yang kita akan terfikir mesti kekasih/pasangan kita (nie untuk sesape yg ada bf/gf or yang dah menikah), teringat org yg kita suka (yg nie sesape yang Syok Sendiri), teringat kat org yang kita pernah sayang (yg nie kes yg putus cinta)...btol x? jangan tipu, kita manusia, tak lari dari perasaan cinta sesama manusia...hehe...ak pon...kalo cakap pasal cinta, org pertama yang ak terpikir..jeng..jeng..jeng...."biarlah rahsia"...cam siti kata time press conference..miahahha....
Lepas tu baru kita pikirkan cinta kita pada Allah dan Rasul...(ak pon mcm tu...nauzubillah)...huhuh...Memang dah fitrah manusia Allah jadikan macam tu...tapi yang penting, cinta pada Allah itu tetap No. 1 ...insyaALLAH...
part last article nie menginsafkan ak (hopefully rasa insaf nie kekal.. =))...ak quote yang nie "kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya"
“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana ?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah janji-Nya yang benar yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana ' ini..
CINTA???
Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...
kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "
* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..
2 comments:
ehem...awat ckp pasai love ni??lalaa~
cinta tu kan universal..xsemestinyer kena ada kekasih bru leh bicara soal cinta(ayat skema giler..ngee~)...akak bicara cinta secara universal...hehe....nape? nak add apa2 ke pasal cinta? cik semut kite, anda dlm kategori mna? teringat pasangan, syok sendiri atau frust menongggeng? miahahaha...=p
Post a Comment