April 28, 2010

Kisah si tukang kapak, munkar & nangkir

axe (gambar nie hiasan je, xde kena mengena pon dgn citer kat bawah nie…. =p)

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, “Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat”.  
Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku." Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di  
dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut  
selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya. Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka  
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang  
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik difikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh  
Mungkar dan Nakir..

Soal jawab antara si tukang kapak dengan Munkar dan Nangkir

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.  
Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta  
wasiatnya.  
Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau  
tebang dengan kapak ni?  
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya  
sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan  
muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap  
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur  tersebut. Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi. Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah  setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar   dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya. 

 

Moral of the story

Tak perlu la kita nak kejar harta berjuta kat dunia nie…Susah nanti nak menjawab persoalan di kubur…cukup la apa yang kita ada sekarang…hehehe….org slalu cakap, menjadi orang kaya nie banyak dugaan & banyak jugak kerisauan…yer la kalo duit berjuta, rumah macam istana, x ke risau takut2 kena rompak ke, sedangkan rumah kecik pon org boleh nak rompak, inikan pulak rumah besar mcm istana….Memang bahagia kalau duit banyak, tapi kalo bahagia nyer hnya nampak pada material,tapi hati x bahagia, xde guna jugak kan…hehehe….

Jaa~ onion83

No comments: