August 11, 2011

Adoyaiiii T_T


Bengang je rasa bila call bendahari...Dah la 2 bulan tak dapat gaji, boleh plak dia kata, tak buat lagik...bla tanya, bila paling lewat dapat, sebelum raya KOT! Wth with "KOT"....apa yg hang buat hari2 dekat ofis? masih nak salahkan sistem online sebab melambatkan keje ke? Please, takkan la takleh nak consider utk buat utk kami2 yang part timer nie, cuba kalau hang ada kat tempat kami, apa hg rasa bila gaji masuk lambat...I just cant accept anymore reason yang tak logik....adoi laaaa....geramnyer aku....rasa nak...eee.....geram...geram....

August 10, 2011

Untitled

Assalamualaikum,

Wah, dah sepuluh hari kita berpuasa, kejap je rasa….baru je rasa macam semalam kita start puasa, hari ni dah 10 hari….Time flies….Bila time flies, saya pon kecut perut memikirkan masa depan….Adoyaiii….tetibe je senak perut bila sv mintak writing progress, sebab hakikatnyer semenjak bekerja, dah  lama saya tak tengok research saya, kalau tengok pon, sekilas pandang, pastu dah takmau nak tengok…hihihi….

Ok, enough with research thingy, saya nak share resepi lagik…miahahaha….sempena bulan puasa nie, saya rajin untuk cuba resepi yang saya tak pernah cuba selama nie…Alhamdulillah, jadi jugak…lepas nie boleh la buat lagi, so tak payah la nak beli kat kedai dah…hehehe…tadaaaa, ini dia resepi yang saya nak share kali nie….

 

Daging masak merah

100_0715

Gambar nie dengan effect flash, yg bawah takde effect flash :P

100_0716

Okes, ini bahan2 yang kena ada :)

Bahan-bahan :

  • 500 g daging
  • kacang buncis ( nie optional)
  • bawang putih
  • bawang besar
  • sos cili / sos tomato / sos tiram
  • halia
  • daun limau purut ( tak letak pon sbb takde )
  • daun sup / daun bawang ( utk hiasan)
  • garam / gula

Cara-cara :

  1. rebus daging sampai lembut ( saya rebus dalam rice cooker je, lagi cepat dari rebus guna stove)
  2. Bila daging dah lembut, baru letak pewarna merah ( nie nak bagi effect macam kat kedai, tapi saya guna pewarna sirap je )
  3. Ketuk bawang putih & halia, lepas tu tumis sampai naik bau
  4. lepas tu, masuk sos cili, sos tomato & sos tiram
  5. bila dah agak2 naik bau, letak sket je air rebusan daging ( tapi kalau nak kuah banyak, letak lebih sikit pon takpe)
  6. Then, baru la masuk daging tadi ( make sure daging tu kita dah hiris nipis2, nak bagi effect macam kat kedai jugak..hihi )
  7. Lepas tu baru la masuk kacang buncis ( nak letak baby corn pon takpe, saya tak letak sbb beli “teenage corn”, dah keras, takleh nak makan dah :( )
  8. kacau sampai sebati, api jangan la kuat sangat, sbb nanti hangit..lagipon daging tu dah masak kan, so, letak atas api just nak semua bahan mix together je
  9. Last sekali letak garam, tapi letak sikit je sebab sos2 yang kita letak memang dah sedia kala masin, so less is more :)
  10. Bila nak hidang, baru la tabur daun sup & daun bawang….

Ok, dah siap….senang je kan…..Saya google je resepi nie, tapi lupa plak amek dekat mana…Tapi, credit to orang yang sudi share resepi simple nie…..

August 8, 2011

New family members

Dah lama tak ada “orang baru” dalam famili….hehhe…sunyi je, tapi sekarang, lonely no more….Saya dah ada peneman setia, peneman buat keje, peneman nak pg toilet, peneman tido, peneman segala2 nyer….Im so hepi sebab saya tau yang he’s my truly bestfriend :)

3 tahun saya pujuk mak supaya bagi saya bela kucing, bukan main susah lagi nak pujuk….At last, ada 1 moment yg really touched her heart….So, I just hit the right timing masa nak pujuk mak…Tadaa, akhirnyer, dapat la saya membela kucing…..Setelah meme ilang sebab dah ada gelfren….sampai ati dia tinggal saya sendiri….sob sob….So, let me introduce our new family members…..

 

 

*Scoty*

 

 

100_0344

Day 1

 

100_0351

Day 2

 

100_0361

Day 3

 

100_0466

Day 32

 

100_0565

Day xx :P

 

And, the latest pic of him

Just taken few days ago :)

 

100_0703

100_0708

His latest activity bila dah kenyang…I love him so very much :D Thanks kak wah sebab bagi scoty dekat kirah……See, how fast he’s growing and he will always be my bestfriend ever!

Tadaimaaaaa :)

Wah….sebulan lebih blog takde update…Kot kalo update pon, bkn de sape nk baca…Heee….Dah seminggu kita berpuasa, alhamdulillah, masih diberi kekuatan utk berpuasa & masih diberi kesempatan utk terus berpuasa…Semoga tahun nie, macam tahun lepas, puasa cukup…Hehehe…moga2 penuh la….Lama tak update, almaklum, sibuk dgn keje….wah, cliche gitu….Hari nie nak update apa yer….Dalam minda nie macam nak update, tapi update nyer dlm otak je la, tak sempat nak transfer ke computer…..Hari nie, nak share resepi la….Last weekend, 1st attempt masak seafood spaghetti…..walaupun tak sesedap macam dekat pizza hut, tapi abis jugak sbb itu la juadah buka puasa, itu jugak la juadah bersahur….pastu, pagi tadi, naya, nak pg keje, sakit perut memulas2….adoyai….onion04

Ini dia hasil seafood spaghetti saya yang pertama….Tadaaa…..

100_0717

Yang nie edited version, yang bawah nie original picture :p

100_0720

 

Dan, ini resepinyer :)

Bahan-bahan :

  • separuh paket spaghetti @ angel hair (angel hair nie halus sket dari spaghetti biasa)
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • kepah (optional, taknak letak pon takpe, saya letak, tapi bila makan banyak sgt, jadi muak)
  • capsicum hijau ( sebelah pon dah cukup, hiris nipis2)
  • 1 tin cendawan butang
  • 3 ulas bawang putih
  • Chili flakes ( tak sempat nak beli, so blend je cili kering tu sampai halus )
  • minyak ( tgk resepi lain, ramai yg pakai olive oil, saya pakai minyak jagung je…heee )
  • serbuk lada hitam (optional, kalau nak pedas, letak la)
  • Italian seasoning ( cari kat tesco,dalam botol kecik je)
  • garam

Cara-cara :

  • rebus spaghetti ( letak minyak sket supaya tak melekat, bila dah kembang, tos spaghetti)
  • rebus sotong ( half-cooked je)
  • ketuk bawang putih, bila minyak dah hampir panas, tumis bawang putih, tapi jangan biar hangit.
  • Masuk udang, biar udang masak supaya dapat rasa manis udang
  • Then, masuk kepah…masak sekejap biar kepah tu betul2 masak, then baru masuk sotong
  • Masuk capsicum & cendawan butang ( api biar perlahan, supaya tak over-cooked, tapi, jangan perlahan sgt, nanti tak masak sgt pulak)
  • Bila agak2 semua dah sebati, masukkan spaghetti ( Bila masak spaghetti, takleh kacau macam kita kacau mee, so, kita kena kacau secara circulation)
  • Then, baru la tabur garam, serbuk lada hitam, italian seasoning, & lastly chili flakes
  • kacau2 sket lagi, then terus tutup api
  • Masa nak hidang tu, boleh lagi kalau nak tabur chili flakes :)

Okes, nie dia Italian seasoning yang saya maksudkan…Yang nie la saya selalu guna bila buat spaghetti…Senang, all in one….takyah nak beli asing2 dah :)

100_0738

Dalam botol nie dah ada Oregano, basil, red pepper, marjoram, thyme, rosemary, sage & parsley…So, mudah & cepat…Takde la mahal sgt, botol 13g dalam RM 5.50 je…Ok la, boleh simpan lama, sbb bukan hari2 kita nak masak italian food kan….Hehehe…..Okes, lepas nie nak update daging masak merah plak….Yang nie pon 1st attempt masak jugak…Tapi, alhamdulillah, menjadi jugak onion06

 

Selingan :

Pembantu mak masa mak tengah jahit langsir….Muehehehehe…nyibuk je dia…konon nak tengok…bknnye nak tolong pon :p

100_0723