August 10, 2011

Untitled

Assalamualaikum,

Wah, dah sepuluh hari kita berpuasa, kejap je rasa….baru je rasa macam semalam kita start puasa, hari ni dah 10 hari….Time flies….Bila time flies, saya pon kecut perut memikirkan masa depan….Adoyaiii….tetibe je senak perut bila sv mintak writing progress, sebab hakikatnyer semenjak bekerja, dah  lama saya tak tengok research saya, kalau tengok pon, sekilas pandang, pastu dah takmau nak tengok…hihihi….

Ok, enough with research thingy, saya nak share resepi lagik…miahahaha….sempena bulan puasa nie, saya rajin untuk cuba resepi yang saya tak pernah cuba selama nie…Alhamdulillah, jadi jugak…lepas nie boleh la buat lagi, so tak payah la nak beli kat kedai dah…hehehe…tadaaaa, ini dia resepi yang saya nak share kali nie….

 

Daging masak merah

100_0715

Gambar nie dengan effect flash, yg bawah takde effect flash :P

100_0716

Okes, ini bahan2 yang kena ada :)

Bahan-bahan :

  • 500 g daging
  • kacang buncis ( nie optional)
  • bawang putih
  • bawang besar
  • sos cili / sos tomato / sos tiram
  • halia
  • daun limau purut ( tak letak pon sbb takde )
  • daun sup / daun bawang ( utk hiasan)
  • garam / gula

Cara-cara :

  1. rebus daging sampai lembut ( saya rebus dalam rice cooker je, lagi cepat dari rebus guna stove)
  2. Bila daging dah lembut, baru letak pewarna merah ( nie nak bagi effect macam kat kedai, tapi saya guna pewarna sirap je )
  3. Ketuk bawang putih & halia, lepas tu tumis sampai naik bau
  4. lepas tu, masuk sos cili, sos tomato & sos tiram
  5. bila dah agak2 naik bau, letak sket je air rebusan daging ( tapi kalau nak kuah banyak, letak lebih sikit pon takpe)
  6. Then, baru la masuk daging tadi ( make sure daging tu kita dah hiris nipis2, nak bagi effect macam kat kedai jugak..hihi )
  7. Lepas tu baru la masuk kacang buncis ( nak letak baby corn pon takpe, saya tak letak sbb beli “teenage corn”, dah keras, takleh nak makan dah :( )
  8. kacau sampai sebati, api jangan la kuat sangat, sbb nanti hangit..lagipon daging tu dah masak kan, so, letak atas api just nak semua bahan mix together je
  9. Last sekali letak garam, tapi letak sikit je sebab sos2 yang kita letak memang dah sedia kala masin, so less is more :)
  10. Bila nak hidang, baru la tabur daun sup & daun bawang….

Ok, dah siap….senang je kan…..Saya google je resepi nie, tapi lupa plak amek dekat mana…Tapi, credit to orang yang sudi share resepi simple nie…..

2 comments:

Mrs. Ady Firdaus said...

isnin aritu aku teringin nk mkn daging goreng jadi beli sekilo, mak aku rebus n terlelap...hang tau...hangit wehhh tensil betul
hangit yg rasanya sgt la buat aku terkinja2...adik aku buleh xsedaq bahawa dapur telah bergumpal2 asapnya....

-kirah- said...

mak aihh, sampai hangit...sayang ja daging tu, dah la sekilo...suma penat posa la tu, sampai dah terlupa dok rebus daging....