Awak,
Jangan pernah berkata-kata sesuatu yang membuat hati wanita tersentuh ketika awak sunyi tidak berteman,
Jangan pernah bertanya sesuatu yang membuatkan hati wanita mencari jawapannya ketika awak merasakan soalan itu hanya teka teki mainan awak,
Jangan pernah menyatakan sesuatu yang indah, sedangkan awak hanya berkhayal.
dan,
Jangan pernah membuat wanita itu berharap jika awak tidak berniat untuk memberi pengharapan.
Kerana,
Hati wanita sangat lembut dan sering kalah dengan kata-kata,
Hati wanita sangat cepat mentafsir setiap kata-kata yang didengarinya,
Hati wanita mudah terpaut pada sesuatu yang indah,
dan
Hati kecil ini mudah rapuh jika pengharapan itu palsu.
Tapi awak,
Terima kasih saya pada awak kerana awak membuatkan saya lebih dekat dengan Dia,
Terima kasih saya pada awak kerana awak membuatkan saya lebih yakin pilihan Dia adalah terbaik untuk saya,
Terima kasih saya pada awak kerana awak membuatkan saya tahu awak bukanlah yang terbaik untuk saya.
-anon-
peace Y(^_^)Y
No comments:
Post a Comment