Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Saya masih diberi umur yang panjang untuk berpijak di bumi Allah ni. Tak ada sebab untuk saya tak bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Tidak mewah, tapi cukup untuk hidup dengan tenang & damai. Harta boleh beli dunia, tapi tak mungkin harta boleh beli ketenangan. Alhamdulillah.
Saya belajar untuk redha, redha yang datang jauh dari hati saya. Redha yang bukan hanya dibibir, tapi betul2 dihayati maksud redha. Ambil masa, tidak mudah, tapi saya yakin, saya akan belajar menjadi seseorang yang mudah redha atas apa yang berlaku. Baik atau buruk apa yg berlaku, bukan sebab Allah hendak hukum saya, tapi mengajar saya jadi lebih kuat, lebih teguh dan lebih menyerah pada Allah, bukan pada manusia.
Secara terus terang, viva saya terpaksa dipostpone ke 1 tarikh yang masih tak tau tarikh lagi, sebabnyer, external examiner tarik diri di saat2 akhir. Masa dapat email dr SV dari Riyadh, it such a heart broken news. Macam2 yang saya pikir, adakah saya tak layak, adakah research saya tak setaraf dengan tahap masters?
Tapi, saya teringat video yang saya tonton tentang budak buta yang tak mahu diberi penglihatan supaya mudah dia diberi sedikit kelebihan di akhirat. Dan, saya teringat skrip dari cerita -- Mencari syifa`-- " Besar sangat ke kamu ni sampai Allah tak boleh jentik, sampai Allah tak boleh sentuh".....And now, it apply to myself, siapalah saya nak mempersoalkan apa yang berlaku, perancangan saya? apalah sangat....hebat mana pun perancangan manusia, kalau yang di atas tak beri restu, mustahil untuk berlaku.
Conclusion saya boleh buat, saya belajar untuk redha dari hati saya. Apa sahaja yang berlaku saya ambil sebagai kekuatan untuk saya jadi hamba Allah yang lebih hebat. Erti kata yang mudah, supaya saya terus istiqamah, dan supaya perjalanan saya ke syurga Allah ( inshaAllah), sedikit sebanyak dipermudahkan, walaupun saya tau saya tak layak ke syurga Allah, tapi saya cuba untuk meraih jalan ke syurga Allah. Insha Allah.
P/s -- release tension dengan buat plan utk aktiviti dengan adik2 wisma, katanya nak buat "Running girl"... ada sesapa nak join? Hihihih....
1 comment:
aku nk join buleh.?
Post a Comment