August 9, 2012

kasut saya tak sama dengan kasut awak :)

Salam, 


(sumber : google)


Setiap manusia lahir dengan sifat & takdir yang Allah dah dahulu tetapkan sebelum lahir lagi. So, setiap manusia tak mungkin ada nasib yang sama, walaupun kembar. Bahkan, kembar pun Allah cipta dengan sedikit perbezaan yang mata kasar tak nampak. Teringat saya masa buat minor research, topik berkaitan dengan biometric identification dan kami ( saya, akma & lili) pilih tajuk iris recognition. walaupun kembar dilahirkan seiras, iris mata pasangan kembar tetap tak sama. Besarnya kuasa Allah nak tunjuk bahawa kembar yang seiras yang mungkin berbeza selang masa 1 minit pun ada perbezaan. Point yang saya nak kata ialah setiap orang di atas muka bumi nie tak akan dapat nasib yang sama. Kalaulah ada orang cakap nasib dia sama dengan nasib orang lain, mungkin ia hanya kebetulan nasib mereka. 
Perancangan Allah adalah yang paling baik dan setiap apa yang berlaku, ada kisahnya dan ada hikmah yang kita kena cari. 

 So, "kasut" yang saya pakai tak akan sama dengan "kasut" awak. ( Saya translate dari pepatah inggeris yang selalu orang kata :- You're not in my shoes). Cantik pepatah ni sebenarnya. Pendapat saya, "kasut" yang cuba disampaikan ialah kehidupan seseorang individu. Dulu, saya suka nilai orang dari sudut pandangan saya sendiri, dan saya suka nilai dari apa yang saya nampak secara luaran. Semakin saya matang ( atau mungkin pertambahan usia) saya dah tak cepat nilai orang berdasarkan luaran sahaja. Banyak kesilapan yang kita akan buat kalau kita nilai orang dari segi luaran semata-mata. Mungkin jika kita tersilap menilai, kita akan rugi. 

Apa yang rugi? Sama-sama kita fikir :)

P/s : Dah beli kasut raya? Kat bata ada offer. Jenama tak penting, yang penting, nak bergerak selesa :)

August 7, 2012

Our life is an endless journey

j

-Kembara hidup-

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

“ Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan, Sering daku terlupa sering jua daku terleka,

Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata”

(http://liriknasyid.com)

Salam,

Tertarik saya dengan lirik kembara hidup. Dalam maksudnya. Lirik straightforward, tapi maksudnya dapat beri impak pada orang yang mendengar

Muzik adalah salah satu medium yang berkesan untuk berdakwah. Tapi, saya rasa, sekarang nie makin kurang orang yang mendengar nasyid, dan kebanyakkan lagu bersifat ketuhanan dah di-kontemporari-kan. Tak ada salahnya me-moden-kan lagu nasyid, tapi saya rasa lebih baik kalau nasyid kekal dengan melodi yang bersifat lembut, supaya pendengar dapat menghayati maksud, bukan hanya menghafal tanpa memahami mesej lagu. Di antara lagu yang memberi kesan pada saya sampai sekarang, lagu Sumayyah – Hijaz. Ada kala, sebak saya dengar lagu Sumayyah. Menceritakan kisah sri kandi Sumayyah yang mati syahid.

Dari lagu juga saya dapat menghafal 25 Rasul & bulan2 islam. Hebat kan impak lagu pada manusia :)

P/s- Kenapa saya suka ikimonogakari? Kebanyakkan lagu mereka bersifat motivasi. Tetapi lagu2 ikimonogakari terlalu abstrak dan banyak guna metafora, perlu banyak “mentafsir” maksud di sebalik lirik :)

August 6, 2012

Congrats LCW

lcw

(Picture from maduu.com)

Tahniah LCW!

Tahniah again for the well-played game!We are so inspired. You play with all your heart. Tapi adat bertanding, ada menang, mesti ada yang tak menang. Kalah isn’t a good word for a warrior like LCW… Walaupun baru je pulih dari kecederaan masa Thomas Cup, LCW masih bersemangat nak bermain di Olympics…Nasib la tak ada yang berlaku masa olimpik semalam, risau jugak ;)

Saya bukanlah die-hard-fans badminton, tapi memerhatikan game semalam, betul lah kata pengulas, banyak salah tafsiran, banyak mistakes dari Lin Dan & LCW…After all, game macam nie bukanlah 100% berdasarkan tenaga, tapi nasib & persekitaran. Macam semalam, LCW struggle juga bila terpaksa swap gelanggang & dia tak biasa dengan air circulation dalam Wembley Arena ( berdasarkan apa yang diperkatakan pengulas), but he managed to continue with the game. Disaat akhir, LCW tersilap tafsir ( nie pun berdasarkan kata2 pengulas), shuttle masih dalam gelanggang, tapi LCW ingat terkeluar…Itu lah, semua bergantung pada nasib.

Insya Allah, mana tau ada rezeki di next Olympics…Apa pun, LCW memang terbaik. Takde tapi2, takde cuma2, sebab, dia memang terbaik !

Word for LCW

“I never thought of losing, but now that it's happened, the only thing is to do it right. That's my obligation to all the people who believe in me. We all have to take defeats in life.” – Muhammad Ali

P/s : We play to win, but, “not to win” is the “other option” that we have to accept. Don’t worry LCW, there is always next time for you and for us, Malaysians :) 

August 5, 2012

Salam ramadan :)

Salam,

Agak lama tak mengupdate sesuatu kat blog nie….sesungguhnya saya tak berkesempatan nak bukak windows live sbb sangat sibuk dengan data collection ( collect data, make sure data cukup untuk research saya, interview respondents untuk data lebih data, kumpul mana2 dokumen yang relevan yang boleh dijadikan data………)

Itu antara proses yang berlaku sepanjang data collection…Im doing a case study and among the DISADVANTAGES of case study is time consuming….yeap, couldnt agree more…it suppose to be a full ONLINE mentoring session between respondents, but I end up at the orphanage as middle person every single days throughout 5 weeks….pheww…...Time consuming….. and gas consuming too as I drove there almost every day….. Mostly to help them (orphans) configure the PC, not the system…they have a strict rule, have certain time to access the computer, need to ask the guardian the password, and the password keep changing almost every day… So, to make my work easier,  i created a new account so that i dont hv to wait for the “abg”  or his wife to give me the password…

Alhamdulillah, thru-out 5 weeks, everything went smoothly and it finished within the time limit….Despite everything, I knew that I have contributed something at least to the orphans… Though my research might be not sufficient enough to some people, but I feel over-satisfied with the process…

The next phase take place now…Im in the middle of  doing my data analysis…Struggle with this phase much more than data collection…We can still manipulate things and situation during data collection, but when we are up to data analysis, there is nothing much we can manipulate( i still think that manipulating data is unethical attitude)……the research result will be based on the analysis…

Hopefully, everything will be going smooth and easy…Im doing what I love to do, so I suppose this will be the advantage to myself because Im not doing something that people ask me to do, but Im doing what I really love to do……InsyaAllah……

Here’s some pictures during the data collection….And salam ramadan to all muslims….2 weeks left before aidilfitri, it means that 2 weeks left for me to prepare my abstract to be included in my notice of thesis submission this september….

 

1

2

3  

P/s- When something comes to the end, we really appreciate what we have been thru….the hurdles, the struggles and I believe it help us to be a better person…or a better muslim/muslimah :)