-Kembara hidup-
Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
“ Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan, Sering daku terlupa sering jua daku terleka,
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata”
Salam,
Tertarik saya dengan lirik kembara hidup. Dalam maksudnya. Lirik straightforward, tapi maksudnya dapat beri impak pada orang yang mendengar
Muzik adalah salah satu medium yang berkesan untuk berdakwah. Tapi, saya rasa, sekarang nie makin kurang orang yang mendengar nasyid, dan kebanyakkan lagu bersifat ketuhanan dah di-kontemporari-kan. Tak ada salahnya me-moden-kan lagu nasyid, tapi saya rasa lebih baik kalau nasyid kekal dengan melodi yang bersifat lembut, supaya pendengar dapat menghayati maksud, bukan hanya menghafal tanpa memahami mesej lagu. Di antara lagu yang memberi kesan pada saya sampai sekarang, lagu Sumayyah – Hijaz. Ada kala, sebak saya dengar lagu Sumayyah. Menceritakan kisah sri kandi Sumayyah yang mati syahid.
Dari lagu juga saya dapat menghafal 25 Rasul & bulan2 islam. Hebat kan impak lagu pada manusia :)
P/s- Kenapa saya suka ikimonogakari? Kebanyakkan lagu mereka bersifat motivasi. Tetapi lagu2 ikimonogakari terlalu abstrak dan banyak guna metafora, perlu banyak “mentafsir” maksud di sebalik lirik :)
No comments:
Post a Comment