Salam,
(sumber : google)
Setiap manusia lahir dengan sifat & takdir yang Allah dah dahulu tetapkan sebelum lahir lagi. So, setiap manusia tak mungkin ada nasib yang sama, walaupun kembar. Bahkan, kembar pun Allah cipta dengan sedikit perbezaan yang mata kasar tak nampak. Teringat saya masa buat minor research, topik berkaitan dengan biometric identification dan kami ( saya, akma & lili) pilih tajuk iris recognition. walaupun kembar dilahirkan seiras, iris mata pasangan kembar tetap tak sama. Besarnya kuasa Allah nak tunjuk bahawa kembar yang seiras yang mungkin berbeza selang masa 1 minit pun ada perbezaan. Point yang saya nak kata ialah setiap orang di atas muka bumi nie tak akan dapat nasib yang sama. Kalaulah ada orang cakap nasib dia sama dengan nasib orang lain, mungkin ia hanya kebetulan nasib mereka.
Perancangan Allah adalah yang paling baik dan setiap apa yang berlaku, ada kisahnya dan ada hikmah yang kita kena cari.
So, "kasut" yang saya pakai tak akan sama dengan "kasut" awak. ( Saya translate dari pepatah inggeris yang selalu orang kata :- You're not in my shoes). Cantik pepatah ni sebenarnya. Pendapat saya, "kasut" yang cuba disampaikan ialah kehidupan seseorang individu. Dulu, saya suka nilai orang dari sudut pandangan saya sendiri, dan saya suka nilai dari apa yang saya nampak secara luaran. Semakin saya matang ( atau mungkin pertambahan usia) saya dah tak cepat nilai orang berdasarkan luaran sahaja. Banyak kesilapan yang kita akan buat kalau kita nilai orang dari segi luaran semata-mata. Mungkin jika kita tersilap menilai, kita akan rugi.
Apa yang rugi? Sama-sama kita fikir :)
P/s : Dah beli kasut raya? Kat bata ada offer. Jenama tak penting, yang penting, nak bergerak selesa :)
No comments:
Post a Comment