December 30, 2011

Re-structured :p

 

images

a big thanks to uncle google for the picture :D

Real men don't date the most beautiful girl in the world, they date the girl who makes their world the most beautiful

 

 

Sweet isn't?

But, how about the re-structured version?

Ain't it true?

 

 

1.Real men don't date the most beautiful girl in the world
2.Real men date the girl who makes their world the most beautiful
3. But, players always did no.1 :p

Hihihihi

onion47

the best ever kot ;)

Salam,

3-idiots-5

picture source : of cos la uncle google :D

4 kali replay via external HDD + 1 kali di tv.

Dan setiap kali itu la saya akan menangis.

Super duper like 3 idiots!

Lain pada yang lain.

Takla cliche atau too typical bollywood movies.

I believe, we all learned something from the movie.

It is a good family-type movie to watch.

I love the whole storyline.

It shows the real meaning of friendship :)

It shows the real meaning of success :)

It shows the real meaning of learning :)

 

"Make your passion your career"

 

That quote give me so much impact. And, that is what I am doing right now :)

InsyaALLAH, semua dengan izin Allah

 

And,

Love the OST too

–give me sunshine-

 

My most fave verse 

"Give me some sunshine, give me some rain

Give me another chance, I wanna grow up once again"

December 27, 2011

Rambling

Salam,

Since mummy keje hari nie & kantin tak bukak, aku terpaksa la berperang dekat dapur within 30 minutes utk masak then terus hantar lunch kat mak. Selalu sangat masak asam tumis, serius, boring giler dah dgn menu tu. So, why not aku try new recipe…google kat internet, then dapat la resepi dari uncle mat gebu..Dalam freezer ada ikan kembung, since tak ada bendi, tak boleh la nak buat gulai, so, why not I use my imagination ( imagination la sangat, padahal amek resepi dari internet)….So, instead of asam tumis, aku buat ikan masak kicap….First attempt and not bad kot….guna je bahan2 yg ada dalam freezer w/out prejudice…Hihihi….Ye la kan, resepi asalnyer kena letak halia, tapi halia takde stock, guna la serai sebagai ganti…hehehhe…And, ini lah output dari 1st attempt aku…..

100_1859

Makan dengan nasi panas, memang best giler….Lauk complement is sayur sawi, tapi memang lupa sungguh nak snap…sibuk menikmati masakan sendirik…Hihihihi….

Malamnyer, bff ajak pg pesta, dia mintak teman tengok konsert zamani…walaupun aku bukan la die hard fans zamani, tapi aku peminat zamani….hehehe….almaklum, die hard fans, dapat spot btol2 depan stage, kira mcm front seat, tapi tak boleh duduk pon, berdiri je la sepanjang konsert tu…..He's still good, still charming walaupun agak kurus….katanyer tengah undergoing treatment…tapi tak mention pulak what kind of treatment….tapi, overall, two thumbs up, thru out 1.5 hours performance, takde plak dia take 5….aku memang tak suka sgt if artis yg nyanyi 1 lagu, pastu take 5. If 10 lagu, take 10 la gamaknyer….

Habis je dia perform, bff aku tarik tangan utk pgi backstage…personally jumpa zamani….Hehe…aku takla excited sgt, tapi kalo ikimonogakari, pengsan kot…hihihi….dapat la snap few pictures dgn zamani…again, he's charming but too bad because he's too skinny….separuh badan aku…hehehe….So, enjoy the pictures

 

100_1896

 

100_1891

 

100_1869

100_1886

 

 

last but not least :p

100_1900

December 25, 2011

Welcome 2012!

Salam,

Tak berapa hari lagi nak tahun baru. How time flies, even faster than speed of light. Auuuwww…

So, sempena tahun 2012 nie, banyak aim yg nak dicapai, walaupun sedar diri aim 2011 pon masih ting tong ting lagik kan….

Ok, first thing first.

The first thing I'm dying to have is….

*drum roll*

 

#1

SamsunggalaxyNotes_thumb 

Yes. Samsung galaxy notes for the win!!!!

Im not interested with the tabby or ipad. Lebih baik aku beli mini notebook dari beli tablet…I dislike touch screen except for galaxy notes. My first impression when I first saw it. Awesome. Im dying to have it, Im dying to touch it, Im dying to make it my own!!!

So, 2012 is just perfect for me to have galaxy notes. InsyaAllah.

 

#2

DSC01283

This will be the second resolution for 2012.

2nd phase graduation. I want this so badly.

Hampir 3 tahun & semoga 3 tahun itu berbaloi untuk dapat …

Masters in Computer Science ( by research)

Amin :)

 

#3

 

IkimonoMatsuri

 

so The 2nd thing Im dying to make it my own is Ikimono-matsuri DVD tour.

Tengah kurang kewangan, so, yang termampu buat hanya la save this dvd in my shopping cart @ CDJAPAN

Even though takkan dapat 1st press release, as long as I can get the DVD tour, lebih dari cukup.

 

#4

 

22nd single-iki

 

For sure, this single akan jadi kenyataan as soon as possible. Dalam usaha utk dapat full collection of their singles, walaupun dah terlepas banyak, tapi, sedang kumpul sikit2…hehehehe

 

On top of what I just mentioned, apa yang penting untuk tahun 2012 ialah diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun. InsyaALLAH.

Sebab nikmat yang paling besar yang Allah beri pada hambaNya adalah nikmat kesihatan.

Itulah sebaik2 nikmat yang membolehkan kita merasai nikmat Allah yang lain.

Bukan je kesihatan utk diri sendiri, tapi utk parents kita supaya kita ada waktu utk berbakti pada orang tua.

Tak perlu tunggu kaya, tak perlu tunggu berpangkat baru nak berbakti

sebab sekecil2 pemberian kita pada parents, besar pahala yang Allah akan beri.

Jangankan pemberian, tengok muka parents kita pon dah dapat pahala.

 

Have a blessing new year guys!

Best of luck in whatever you guys do!

onion49

p/s – sume picture courtesy from uncle google :p

December 24, 2011

This is what we called "awesome"

22nd single-iki

Itsudatte Bokura wa

 

Looks totally different.

I am super excited for this coming single.

Counting days to January 18, 2012.

CDJapan just sent me a reminder to pre-order their 22nd single. Why now? onion17

 

"Ikimonogakari’s upcoming song “Itsudatte Bokura wa” was intentionally written to cheer on those who are doing their best, as well as encourage those who are challenging themselves at something new. Their positive lyrics and the melody is matches well with the message of the CM, and livens it up even more."

 

source : http://www.tokyohive.com

 

P/s- 3 more posts to 1000th posts at ikimono-world. Ok, this is super awesome :p

December 15, 2011

Scent of a woman – half-preview :p

 

scent-of-a-woman

courtesy : www.koreandramaonline.net

 

As promised, nak meng-review drama korea yang buat aku tido tak lena, mandi tak basah, makan tetap kenyang ( cliche sgt). I never thought yang Lee dong wook nie sgt gorgeous! Sumpah.! Cair hati, cair mata, cair segala2nyer bila tengok dia dalam scent of a woman (SoaW). Since tak boleh tengok kat tv, terpaksa la gigih mendonlod. Setel donlod, sampai lebam mata aku tengok. Lebam segala2nyer jugak…weheeeeee :p

Sedikit cliche la storyline cite nie, mcm cite romeo & juliet, tapi versi korea. Or, should I say pretty woman versi Korea pon boleh jugak. Tapi, what's make the different is Lee dong wook (LDW) and Kim Sun Ah ( Suna). Both of them are just great together. Chemistry yg sgt kuat, macam magnet yg menarik2, bukan yang tolak2 tau….Aku rasa depa 2 nie dah macam real couple pulak. As I said earlier, LDW is my first Korean crush, since JGS memang boyfie aku, so, LDW cuma my first crush…hihihi ( perasan sungguh yer)

Done watching this drama within 2 days w/out touching the forward button okes. Pls, sape yang sanggup nak lepas tenung tengok LDW kan…hehehehe…

Basically, cite nie pasal a girl yg di-diagnosed with terminal cancer & her doctor said dia cuma ada 6 bulan untuk hidup, unless keajaiban berlaku. So, since she's "spinster" & keje pon asek kena buli, she made a decision to live her life to the fullest. Forget anything that make her sad, bos yang sgt pervert, co-worker yg bajet bagus and bla bla bla. So, dengan duit simpanan dia yg banyak ( since tak kawen, xde boyfren, and opkos takde life) dia pg melancong ke tempat yg dia mimpi…weheeee…..

Masa vacation, accidentally, dia cuma her prince charming or known as William, tapi yg dia jumpa "willy" ….hihihi…takpe la, william & willy tu dekat2 je kot. Tapi, si willy nie dah nak kawen-family yang arrange kan, kawen dgn anak org kaya jugak la kan, utk teruskan bisnes keluarga kunun2nyer ( nie mmg cliche, bukan citer korea je, bollywood, malaywood versi kaya2)

So, yeon jae (suna) nie kan keje kat tour agency, so haruslah dia tau mcm mana nak "enjoy" the vacation sebelum dia promote tempat yg dia pg as vacation package to tourists lain. "Accidentally" dia jumpa ji wook (LDW) yg mmg muka kering, tak reti nak enjoy work cum vacation, so, yeon jae la yg " ajar" dia and with her pleasant personality, "accidentally" jugak ji wook feel something about her.

So, bila dah balik keje, dia still tak boleh lupa yeon jae nie. Sah la, ji wook nie mmg suka kat yeon jae. Teng teng teng….So, bermula la episode cinta tak berbalas, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta akhirnya terbalas & cinta mati. Hihihi….

Takkan nak cite sume kot, tengok sendirik la….Tapi, out of 10, 9.6 rate aku bagi….Why not perfect 10, itu sbb watak2 jahat yg aku tak suke, terutama sekali, 2nd heroin yang muka arrogant gile ( so, kira watak dia menjadi la kan :p) and watak2 sampingan yg lain, contohnyer kawan ofis yeon jae yg sampai ke sudah pon bajet bagus…cet….

Apa yg 9.6 nyer? Haruslah watak2 utama drama ini, esp LDW….weheeee…He tried his best to forget yeon jae once he knew yg yeon jae takleh hidup lama, tapi their love bond them together. Same goes to yeon jae jugak, how can she ever forget her first crush ( I think so, sbb dia syok sendiri selama nie bila dia confess kat kawan sekolah dia yg keje kat zoo- funny..hihihi) So, whatever obstacles yg depa hadapi, they face it together. It take so much courage to convince his father, siap melutut lagi, wa salute sama LDW, if boyfie aku buat mcm tu, sumpah, tak cari lain dah :) Tapi of course la, drama is just a drama. You can't never ask more because it is DRAMA. The other thing is, aku suka bucket list yeon jae, esp the 20th wish list…LDW, why you so romantic?

Ok, enough with the review, nak betul2 feeling, you guys should watch this drama. Worth your ~18 hours time…Hihihi….I take back my words, dulu tak suka korean drama sbb suka twist, but not anymore because im totally addicted to korean drama!!!!

 

LeeDongWook

 

photo179946

courtesy : uncle google :p

 

Aigooooo!!!! onion16

December 13, 2011

Reflection

Its been a while I haven’t update my blog. Too many things to be considered, too many issues to settle down, too many ways to go, too many tasks queuing up. 

After few weeks break, tadaaa, banner blog yang reflect who i am. These two things are reflection to myself. For those yang kenal aku, mereka akan selalu nampak benda nie dekat notes aku, dekat buku2 aku. Mesti ada punye smiley face & cendawan tu…Hihihi… Now, rasa hepi sbb at last, blog nie show the true me.

 

Coming up : Review scent of a woman :)

November 24, 2011

Janji Allah itu pasti…InsyaAllah :)

Taken from Infinity : Mutiara Hikmah

 

 

allah_wallpaper_purple_1280x800

 

 

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..

Allah sudah menghitung airmatamu.

 

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja...

Allah sedang menunggu bersama-samamu...

 

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu...

Allah sentiasa berada di sampingmu...

 

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...

Allah mempunyai jawapannya...

 

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...

Allah bersamamu untuk menenangkanmu...

 

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...

 

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...

Allah telah pun memberkatimu...

 

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...

Allah akan tersenyum kepadamu...

 

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...

Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu... .

 

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun atau ke manapun kau berada...

Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu

.

.

.

.

Allahu Akbar!

 

Bila ALLAH SWT cepat maqbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Bila DIA lambat maqbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila DIA tidak maqbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.

November 23, 2011

Wordless wednesday

Less is more ;P

 

testing2

 

ati's

 

testing

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hoping for a better tomorrow. InsyaAllah :)

November 9, 2011

Wordless Wednesday {1st entry}

100_1545

 

100_1554 

 

100_1560

 

100_1561

 

100_1559  

 

100_1565

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

100_1557

 

 

onion47 

Too much? :p

November 8, 2011

Bread pudding in the making :) Now, it’s done :p

Tengok lebihan roti gardenia yg hampir2 tamat hayat, tak sampai ati nak buang, Dah lama dalam ati nak buat puding roti, tapi tak sampai hajat, sbb barang tak cukup or malas sgt nak buat…Hihihi…godek2 internet, jumpa la resepi utk buat puding roti, tapi banyaknyer dorang bakar dalam oven, tapi I chose to traditionally bake the pudding…guna api je….Hihi….Mak cakap, dulu2 arwah tok suka la buat, tapi kali nie aku pulak nak cuba buat. kalau dulu, makan macam tu je kan, kali nie aku buat dengan vanilla sauce lagik..western la sgt…tapi, not bad la, it still taste good walaupun vanilla sauce tu tawar plak….Hihihi…

100_1571

Mak cakap koyak2 je roti tu, aku je gatai tangan nak potong elok2…hihihi…Roti nie aku rendam dgn susu cair ( nak ganti dgn susu fullcream pon takpe). Aku guna 8 keping roti je + rendam dgn 1 tin susu cair. Rendam for about 30 minutes…At the same time, mix telur, butter & gula. Bila dah kembang, masuk 1 sudu tepung jagung + esen vanilla…Esen vanilla nie nak bagi wangi & boleh hilangkan bau hanyir telur…And then, bila dah siap mix, tuang je atas roti berendam tadik….macam nie…..

100_1575

Nak bagi sedap, letak la kismis….beli kismis kotak dah le….sama je rasanyer pon….hihi….Bekas tu aku gris dgn butter supaya tak melekat, tapi takde maknanyer, melekat gak…tapi masa tengah masak tu, bau dia wangi yang amat….masa tengah masak, naik tinggi, tapi bila dah sejuk, cesss, kecut pulak…kecik je jadinyer….Dan, ini end result utk resepi kali nie…bread pudding with vanilla sauce…fefeeling western sekejap :p

100_1579 Aku makan masa panas lagik, memang heaven sangat rasa…..Bukan tekan lif, naik sendirik, tapi ni aku ikut based on recipe, tapi alhamdulillah, 1st attempt jadi jugak….vanilla sauce pon jadik jugak, cuma mula2 tu tawar…so, the next day, aku tambah icing sugar dalam 2 tablespoon, baru la rasa manis sket…tapi, benda nie takleh makan banyak2, cepat muak, sbb 2-2 tu too creamy…kalo makan sket2 ok la…hehehe…selamat mencuba

 

P/s- sendat perut makan daging, why not makan non-meat food kan..hihi….tapi, im not going vege pon this whole week…. :p

November 1, 2011

1.11.11

Nothing much to share, cuma nak letak koleksi gambo2 makanan weekend hari tu :) 1st attempt buat donat, not bad, walaupun tak la fluffy mcm dekat bakery, tapi it was good,though. Saya tukang uli & the most excited person nak goreng and bentuk donat is my mummy. Hihihi…Dari hari tu nak buat, tapi bila gtau je nak buat, mak slalu cakap, nak makan 2 orang je, better beli. Tapi, apa salahnyer buat sendiri kan…So, this is the output utk 1st attempt buat donat. Resepi amek kat internet, mcm2 site dah visit nak compare resepi, and mostly sama je cara & bahan2 nyer…

100_1518

Mak ckp, buat memanjang, senang masak. Iyo la mak :p

100_1519

Mak jugak yg goreng, sbb kalo aku yg goreng, memang hangit

Tapi, maaf la, takde final output, lupa nak snap, sbb syok makan.Hihihi…. Tapi ada lebihan doh, so, simpan dalam freezer, esok keluarkan , buat pau goreng/burger malaysia or whatever ppl called this kuih…

100_1539

Im so in love with this kuih, Kalau pagi2 tak sempat nak breakfast, sebelum lecture, singgah gerai kat depan bookstore, beli 3 ketul. At least, dapat la alas perut before lunch hour. Tapi, aku buat tak la sesedap macik gerai tu punye, tapi boleh lagi la nak makan. Hihihi

Satu lagi yg aku suka buat nasi goreng ikan goreng. Pelik ke? Hehehe….Itu resepi orang malas, guna je apa yg dalam tudung saji, letak dlm kuali & terus siap. Tapi, kenyang sampai ke petang.

100_1494

Selingan :

100_1505

Budak malas yg kuat sangat makan kebelakangan ni. Pantang pinggan dia kosong, mula la bising tak tentu pasal. Hihihi

October 29, 2011

Sharing is always caring :)

Taken from Persada2u

 

solat dhuha

 

Diantara gangguan syaitan sewaktu kita nak melakukan solat.

 

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

 

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

 

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

 

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

 6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

 

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

 

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

 9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

 

 10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

 

P/s- Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

October 23, 2011

Sharing is caring :)

Taken from Miss Wawa

 

anak soleh

Assalamualaikum semua..

Zaman sekarang ni penuh dengan pancaroba dan dugaan syaitan yang mengoda anak muda. Jika kita mudah lupa padaNya,maka kita akan terus hanyut di bawa arus dunia..Di sini ingin aku kongsi bersama kaum wanita sekalian...juga untuk peringatan diri sendiri..bagaimana kadang-kadang kita bisa terleka dengan mainan syaitan..

Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah pelihara kita daripada semua ini...


**********************************************************


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


****************************************************************


20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)


- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


semoga dengan membaca petikan tersebut kita dapat menguatkan lagi keimanan kita supaya tidak mudah unutk kita tercebak dan lalai dengan kata-kata manis pujuk rayu dari seorang lelaki.

P/s : Nauzubillah. Semoga saya terpelihara dari perkara2 macam nie. Inilah yang paling saya takutkan. Mintak dijauhkan >.<"

Merah, cik tipah, claudia, pak tam, meme, meme II, scoty & samad :)

Itu antara nama2 kucing2 yg aku pernah bela. The latest one is samad aka scoty. The first one is merah. Arwah tok panggil kucing tu merah sbb bulu dia kaler oren. Apa la kaitan oren dgn merah kan. Masa bela si merah tu, aku baru tadika kot, ada orang bagi, arwah tok memang nak bela kot, so, itu la first time aku bela kucing. Dari anak, sampai la dia mati eksiden. Wuwuwuwu. Aku ingat lagi pagi tu, masa aku nak pg tadika, baru je keluar pagar, dia ikut, tapi dia nak melintas, tapi ada kereta laju, terus langgar dia. Mati on the spot jugak. Wuwuwuwu….Arwah tok la yang amek dia tanam depan rumah.

Lepas tu, agak lama sket, ada la kucing mana datang ntah, singgah umah, sebab selalu sgt bagi makan, dia pon melekat jadi kucing rumah, tapi dia tak tido kat umah, dia tido kat luar je. Seingat aku, dari aku kecik sampai la aku masuk sekolah menengah, banyak jugak kucing yang aku bela, tapi sama ada hilang atau berhijrah tak balik…

Tapi, nama2 kat atas tu, di antara kucing yang aku paling sayang & paling aku igt :)

Cik tipah

Takde gambar sbb masa tu tak mampu lagi nak beli camera. Tapi seingat aku, aku jumpa cik tipah dekat kawasan umah jugak. Masa tu aku & mak keluar dinner, masa dinner kat luar tu, nampak la cik tipah nie. putih gebu, mata biru, hidung cokelat gelap, jenis kucing siam. Dia sangat la comel masa tu, aku pon saje gatai panggil dia, dia pon ikut kami balik…Honestly, sangat sopan, takkan meow selagi dia tak lapar. What a good cat!!! Tapi, since dia tu betina, keje dia asek beranak. dekat 5-6 kali beranak. Tak larat nak jaga aku pon. Tapi nasib baik la dia ibu yang baik.

 

Claudia

Batch pertama anak cik tipah adalah claudia. Hehehe…She such a pretty kitten, tak tau la ayah si claudia nie kucing jantan mana, tapi claudia antara kucing aku yg paling cantik :) Claudia tu sempena nama pompuan jahat dalam citer pangako sayo, citer pilipino yang aku & mak suke sangat2 tengok. Tapi claudia nie hidup sekejap je, sbb dia mati makan racun…Wuwuwuwu…Masa tu aku nak pegi keje kilang (budak lepasan spm, standard la time tu keje kilang), aku cari dia tak jumpa pon, masa nak keluar pagar, nampak dia dah keras tepi jalan. Sepanjang jalan aku nak pegi keja, aku menangis teresak2, sampai kena ketuk kepala ngn mak sbb menangis beria..Wuwuwuwu…

Pak tam

Pak tam adalah batch kedua legasi cik tipah. See, aktif sungguh cik tipah nie…Pak tam nie, sebelah putih, sebelah itam, tapi yg banyak nyer itam, sebab tu la panggil pak tam. Dah mak nyer cik tipah, apa salah panggil anak pak tam kan :) Pak tam nie hensem sbb ada tompok kecik kat hidung dia, ala2 tahi lalat, tapi bukan lah, itu memang tompok kaler itam. hehehe…Ekor lurus, tapi, nie pon jenis kaki rayau, dah besar, jumpa betina cun sket, ilang berumah tangga.

Meme

Tak silap aku, batch terakhir cik tipah. Nape meme? Dulu, aku suka tengok citer kantonis, adik perempuan in cantonese is mei mei. Tapi, nak bagi mudah nk menyebut, aku panggil meme je. Yang nie pon, jumpa jantan, ilang ke mana ntah…Dah mcm biskut, kejap ada, kejap takde. Kalau ada pon, sebab nak makan, kalau tak, ilang, bayang pon tak nampak. Hampeh. Meme legasi terakhir cik tipah, sbb cik tipah mati sakit jantung. You think it funny? Hehehe, betol la. Cik tipah antara kucing yg aku bela paling lama. I think 4 tahun kot. Ke-tua-an cik tipah jelas dekat bahagian dalaman mulut dia bila gigi taring dia dah gugur, bukan patah okes, tapi gugur. So, bila dia makan tulang atau anything yg agak keras, siap lah, kiri kanan kepala dia mengunyah…Hehehe

Meme II

Meme II nie sedara aku bagi. Putih gebu, walaupun dia hakikatnyer jantan, aku tetap panggil meme. Sbb masa tu tak terpikir nak bgi nama pon kat dia. So, lekat la nama meme walaupun dia jantan. Hehehe….Tapi, nasib la tak jadi pondan, masih lagi jantan sejati. Wiwiwiwiwi. Ok, masa nie, dah upgrade, aku pakai hp nokia, 6600, atau nama komersialnyer hp sabun..hehehe…Ni la meme II yang dimaksudkan. Yg nie pon dalam kategori kucing obesiti, tengkuk tak nampak dah…Asek makan tido je kejanyer…Keje umah malas nak buat…. :P

 Image(665)

Tengkuk xdak, mata sepet =.=”

 

Image(677)

  Dia sangat la putih gebu. Kalah aku. hehehe. Masa pindah umah flat lagi la, tak boleh nk keluar p mana2, asek memerap dalam umah, lagi double bersih la dia. Tapi, dia pon tak lama sgt ngn aku, sbb masa aku pg KL utk seminggu, tinggal kat umah sedara, masa tu dia dah bau tanah, bau kucing betina lain, bukan main galak lagi la dia. Panggil balik, tak mau dah. Bila ajak masuk umah, dia masuk utk makan, pastu meroyan nak keluar. 1 lagi perangai busuk dia, suka berdendam, kalau aku marah atau pukul dia sket, esoknyer, siap la, beg laptop aku kena pancut…Choi la meme II nie…Tapi, aku rasa sekarang dah di alam lain kot, dah tak jumpa pon dia….wuwuwuwuw

Scoty aka samad

Nie yang paling baru & paling unik. Buas tak kena tempat. Panjat langsir, main cakar sofa, ikan goreng tak makan, ayam hanyalah ayam KFC, berlagak nak mampus. Tapi, on the good side is, dia sangat manja dgn aku. Tambah2 bila aku balik keje, wah, bukan main sondol. Tido sekali tau…Tapi, kadang2 je la, sekarang dah pandai tido kat atas almari. Bukan main lagi…Tapi, dia la boyfie aku sekarang. Hehehe….Meh tengok, perkembangan dia dari mula aku amek sampai skrg. Dan, dia pon spesis obesiti jugak. Kalau duduk, memang tak nampak tengkuk dah. Yang nampak, lapisan dagu…Adoyai….. =.=”

100_0340 Masa amek nie, ada tulang & kulit je

100_0466

Nie lepas sebulan dia stay dengan aku. Membesar bagai singa. makan tido je keje.

100_0789 

Di antara spot dia paling suka. Laundry basket pon boleh…

100_0798

Laundry basin pon boleh jugak

 

100_0471

Atas mesin jahit pon bolehhhhhh

 

100_0565 

Tepi laptop pon bolehhhhhhhh

100_0723

Penyibuk time orang nak buat keja, pon boleh

100_0858

Atas almari pinggan mangkuk poooooooooooon boleh!

100_1333

Masa di pet hotel. Padan muka kena tinggal…Hihihihi :p

 

.

.

.

.

.

Dan, gambar paling latest, samad tanpa tengkuk =.=”

100_1473

Pelik la aku tengok gambar nie. Mata samad macam juling.Hahahaha

100_1486

See, how fat he is……Takpe, aku tetap sayang dia :) Semoga dia terus membesar dan setia menjadi boyfie aku :)

onion16

 

Image1099

Peneman setia masa aku marking paper student :)

Image1101

Kesian, penat menolong aku finalize markah student :p

 

 Image1046(1)

One of my fave pic of him. Kucing saya pakai stukin tangan :)