Salam,
For the first time naik flight, walaupun hanya flight kecik – firefly, tp dapat jugak saya merasa naik flight yg 100% sponsor oleh sv saya. Hihihi… Apa yang saya kagum, bukan pilot atau flight attendance yang sangat dedicated, tetapi bila saya lihat di luar tingkap, berada sama aras dengan awan, berada lebih tinggi dari bukit & terasa di awangan.
Terasa indah sungguh ciptaan Allah, bila dapat lihat awan yang bergantungan tanpa sokongan, bila lihat bukit yang sesempurna bentuk bukit dan gunung. Bila lihat perbezaan 2 warna air laut ( mungkin beza warna sebab faktor kedalaman kot). Tapi apa pon, keindahan yang tak mampu nak diungkap dgn apa perkataan kecuali SubhanaAllah.
Untuk mereka yang selalu terbang, mungkin perkara nie dah biasa, tapi bagi saya, perjalanan pergi & perjalanan balik sama saje perasaan. Kagum dengan apa yang saya lihat.
Mahu jadi seperti awan, teguh di atas langit tanpa sokongan sesiapa kecuali Allah. Mahu jadi seperti bukit atau gunung, teguh di pandangan kasar & bawak banyak manfaat kepada sekeliling :)
Wah, bermadah, macam nak jadi pujangga. Serius, saya kagum & tak hilang lagi perasaan tu sampai sekarang.
Enjoy the pictures. Dapat snap sikit je, sebab masa leka tengok tingkap, sedar2 terlelap sekejap. Hihihi…kalau dah jenis kuat tidur, memang kat mana pon boleh lelap…hehehehehe
.
.
.
.
.
.
Last, but not least :p
No comments:
Post a Comment