October 29, 2011

Sharing is always caring :)

Taken from Persada2u

 

solat dhuha

 

Diantara gangguan syaitan sewaktu kita nak melakukan solat.

 

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

 

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

 

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

 

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

 6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

 

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

 

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

 9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

 

 10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

 

P/s- Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

October 23, 2011

Sharing is caring :)

Taken from Miss Wawa

 

anak soleh

Assalamualaikum semua..

Zaman sekarang ni penuh dengan pancaroba dan dugaan syaitan yang mengoda anak muda. Jika kita mudah lupa padaNya,maka kita akan terus hanyut di bawa arus dunia..Di sini ingin aku kongsi bersama kaum wanita sekalian...juga untuk peringatan diri sendiri..bagaimana kadang-kadang kita bisa terleka dengan mainan syaitan..

Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah pelihara kita daripada semua ini...


**********************************************************


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


****************************************************************


20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)


- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


semoga dengan membaca petikan tersebut kita dapat menguatkan lagi keimanan kita supaya tidak mudah unutk kita tercebak dan lalai dengan kata-kata manis pujuk rayu dari seorang lelaki.

P/s : Nauzubillah. Semoga saya terpelihara dari perkara2 macam nie. Inilah yang paling saya takutkan. Mintak dijauhkan >.<"

Merah, cik tipah, claudia, pak tam, meme, meme II, scoty & samad :)

Itu antara nama2 kucing2 yg aku pernah bela. The latest one is samad aka scoty. The first one is merah. Arwah tok panggil kucing tu merah sbb bulu dia kaler oren. Apa la kaitan oren dgn merah kan. Masa bela si merah tu, aku baru tadika kot, ada orang bagi, arwah tok memang nak bela kot, so, itu la first time aku bela kucing. Dari anak, sampai la dia mati eksiden. Wuwuwuwu. Aku ingat lagi pagi tu, masa aku nak pg tadika, baru je keluar pagar, dia ikut, tapi dia nak melintas, tapi ada kereta laju, terus langgar dia. Mati on the spot jugak. Wuwuwuwu….Arwah tok la yang amek dia tanam depan rumah.

Lepas tu, agak lama sket, ada la kucing mana datang ntah, singgah umah, sebab selalu sgt bagi makan, dia pon melekat jadi kucing rumah, tapi dia tak tido kat umah, dia tido kat luar je. Seingat aku, dari aku kecik sampai la aku masuk sekolah menengah, banyak jugak kucing yang aku bela, tapi sama ada hilang atau berhijrah tak balik…

Tapi, nama2 kat atas tu, di antara kucing yang aku paling sayang & paling aku igt :)

Cik tipah

Takde gambar sbb masa tu tak mampu lagi nak beli camera. Tapi seingat aku, aku jumpa cik tipah dekat kawasan umah jugak. Masa tu aku & mak keluar dinner, masa dinner kat luar tu, nampak la cik tipah nie. putih gebu, mata biru, hidung cokelat gelap, jenis kucing siam. Dia sangat la comel masa tu, aku pon saje gatai panggil dia, dia pon ikut kami balik…Honestly, sangat sopan, takkan meow selagi dia tak lapar. What a good cat!!! Tapi, since dia tu betina, keje dia asek beranak. dekat 5-6 kali beranak. Tak larat nak jaga aku pon. Tapi nasib baik la dia ibu yang baik.

 

Claudia

Batch pertama anak cik tipah adalah claudia. Hehehe…She such a pretty kitten, tak tau la ayah si claudia nie kucing jantan mana, tapi claudia antara kucing aku yg paling cantik :) Claudia tu sempena nama pompuan jahat dalam citer pangako sayo, citer pilipino yang aku & mak suke sangat2 tengok. Tapi claudia nie hidup sekejap je, sbb dia mati makan racun…Wuwuwuwu…Masa tu aku nak pegi keje kilang (budak lepasan spm, standard la time tu keje kilang), aku cari dia tak jumpa pon, masa nak keluar pagar, nampak dia dah keras tepi jalan. Sepanjang jalan aku nak pegi keja, aku menangis teresak2, sampai kena ketuk kepala ngn mak sbb menangis beria..Wuwuwuwu…

Pak tam

Pak tam adalah batch kedua legasi cik tipah. See, aktif sungguh cik tipah nie…Pak tam nie, sebelah putih, sebelah itam, tapi yg banyak nyer itam, sebab tu la panggil pak tam. Dah mak nyer cik tipah, apa salah panggil anak pak tam kan :) Pak tam nie hensem sbb ada tompok kecik kat hidung dia, ala2 tahi lalat, tapi bukan lah, itu memang tompok kaler itam. hehehe…Ekor lurus, tapi, nie pon jenis kaki rayau, dah besar, jumpa betina cun sket, ilang berumah tangga.

Meme

Tak silap aku, batch terakhir cik tipah. Nape meme? Dulu, aku suka tengok citer kantonis, adik perempuan in cantonese is mei mei. Tapi, nak bagi mudah nk menyebut, aku panggil meme je. Yang nie pon, jumpa jantan, ilang ke mana ntah…Dah mcm biskut, kejap ada, kejap takde. Kalau ada pon, sebab nak makan, kalau tak, ilang, bayang pon tak nampak. Hampeh. Meme legasi terakhir cik tipah, sbb cik tipah mati sakit jantung. You think it funny? Hehehe, betol la. Cik tipah antara kucing yg aku bela paling lama. I think 4 tahun kot. Ke-tua-an cik tipah jelas dekat bahagian dalaman mulut dia bila gigi taring dia dah gugur, bukan patah okes, tapi gugur. So, bila dia makan tulang atau anything yg agak keras, siap lah, kiri kanan kepala dia mengunyah…Hehehe

Meme II

Meme II nie sedara aku bagi. Putih gebu, walaupun dia hakikatnyer jantan, aku tetap panggil meme. Sbb masa tu tak terpikir nak bgi nama pon kat dia. So, lekat la nama meme walaupun dia jantan. Hehehe….Tapi, nasib la tak jadi pondan, masih lagi jantan sejati. Wiwiwiwiwi. Ok, masa nie, dah upgrade, aku pakai hp nokia, 6600, atau nama komersialnyer hp sabun..hehehe…Ni la meme II yang dimaksudkan. Yg nie pon dalam kategori kucing obesiti, tengkuk tak nampak dah…Asek makan tido je kejanyer…Keje umah malas nak buat…. :P

 Image(665)

Tengkuk xdak, mata sepet =.=”

 

Image(677)

  Dia sangat la putih gebu. Kalah aku. hehehe. Masa pindah umah flat lagi la, tak boleh nk keluar p mana2, asek memerap dalam umah, lagi double bersih la dia. Tapi, dia pon tak lama sgt ngn aku, sbb masa aku pg KL utk seminggu, tinggal kat umah sedara, masa tu dia dah bau tanah, bau kucing betina lain, bukan main galak lagi la dia. Panggil balik, tak mau dah. Bila ajak masuk umah, dia masuk utk makan, pastu meroyan nak keluar. 1 lagi perangai busuk dia, suka berdendam, kalau aku marah atau pukul dia sket, esoknyer, siap la, beg laptop aku kena pancut…Choi la meme II nie…Tapi, aku rasa sekarang dah di alam lain kot, dah tak jumpa pon dia….wuwuwuwuw

Scoty aka samad

Nie yang paling baru & paling unik. Buas tak kena tempat. Panjat langsir, main cakar sofa, ikan goreng tak makan, ayam hanyalah ayam KFC, berlagak nak mampus. Tapi, on the good side is, dia sangat manja dgn aku. Tambah2 bila aku balik keje, wah, bukan main sondol. Tido sekali tau…Tapi, kadang2 je la, sekarang dah pandai tido kat atas almari. Bukan main lagi…Tapi, dia la boyfie aku sekarang. Hehehe….Meh tengok, perkembangan dia dari mula aku amek sampai skrg. Dan, dia pon spesis obesiti jugak. Kalau duduk, memang tak nampak tengkuk dah. Yang nampak, lapisan dagu…Adoyai….. =.=”

100_0340 Masa amek nie, ada tulang & kulit je

100_0466

Nie lepas sebulan dia stay dengan aku. Membesar bagai singa. makan tido je keje.

100_0789 

Di antara spot dia paling suka. Laundry basket pon boleh…

100_0798

Laundry basin pon boleh jugak

 

100_0471

Atas mesin jahit pon bolehhhhhh

 

100_0565 

Tepi laptop pon bolehhhhhhhh

100_0723

Penyibuk time orang nak buat keja, pon boleh

100_0858

Atas almari pinggan mangkuk poooooooooooon boleh!

100_1333

Masa di pet hotel. Padan muka kena tinggal…Hihihihi :p

 

.

.

.

.

.

Dan, gambar paling latest, samad tanpa tengkuk =.=”

100_1473

Pelik la aku tengok gambar nie. Mata samad macam juling.Hahahaha

100_1486

See, how fat he is……Takpe, aku tetap sayang dia :) Semoga dia terus membesar dan setia menjadi boyfie aku :)

onion16

 

Image1099

Peneman setia masa aku marking paper student :)

Image1101

Kesian, penat menolong aku finalize markah student :p

 

 Image1046(1)

One of my fave pic of him. Kucing saya pakai stukin tangan :)

October 22, 2011

Pause, rewind, play…opss, replay

cover

Untuk sekian kali, saya mengulangi perbuatan lama saya. Mengulang citer korea/jepun yg saya amatlah sukai berulang kali tanpa rasa jemu. Yang penting, saya tak guna forward button utk cepatkan drama tu. Hihihi….Sekarang, tengah marathon citer You’re beautiful sementara tunggu movie JGS paling latest & at the same time tunggu movie Hotaru no hikari yg katanyer release tahun depan. Kalau jepun sebelah umah, percaya lah, sehari sebelum release, saya dah ada depan panggung utk beli tiket. Hihihi….

Teringat masa drama nie baru release, every week menjadi teman setia internet tunggu uploader utk up each episode. Dah siap donload episode, kena tunggu few days plak utk donload subtitle. Benda yang sama jugak berlaku msa saya gila citer hotaru no hikari season 2. Masa season 1, dah ada hardsub, so, donload the whole series je la, tapi utk season 2, jadi org yang kurang sabar sbb ada time saya akan guna keyhole TV utk tengok cite live dari jepun. Kemaruk betol dengan buchoo…Hahahahah…..Now, “patiently” waiting for the movie to release next year….

You’re beautiful pon dah ada remake, Japanese version….Ikemen desu ne. Hmm, susah nak adapt remake version as ppl will compare the remake & the original series. Baru donload episode2 awal, tapi ntah la, macam takde feeling nak proceed dengan remake version. Mungkin hati dah suka dgn original version, on top of that, original version ada JGS, mana mungkin Tae kyung jepun sama dgn korea…..Mustahil….Hihihi….

Kalau 16 episode nie abis, bermakna, dah 4 kali saya ulang citer yang sama. Hahahaha…Tapi kali nie, screen besar sket and lagi clear…Weheeee…..Dapat la tgk muka JGS dgn gumbira walaupun time tu kurus cekeding sangat dia tu….

 

P/s – Mary stayed out night tak sempat tgk, tapi cam xde feeling nak tengok since JGS makin kurus. Suka dia dalam BV, dengan rambut army-style, stylo abis :)

October 21, 2011

Si dia~<3

anonymous-rim

Si dia? Heheh, ada beberapa posts yg aku ada mentioned “si dia” & ada yg curious nak tahu. Heeeeee…

Yang pasti dia bukan yg di bawah ini

down_arrow

justin-bieber

Sbb he’s so not my type. Hari2 asyik nak panggil baby, euuuwww….boring laaa….onion44

Dan, yang pasti, yg dibawah nie pon mustahil nak dapat. Walaupun dia sangat my type…..

down_arrow

Bruno Mars

He’s gorgeous,smart and sexy, tapi dia bukan islam. Mesti mak tak bagi nanti…Miahahahahaha

Dan, yang di bawah nie pon, menjadi pilihan, tapi nanti ada masalah bahasa pulak. onion47

down_arrow

100_3612

So, yg mana menjadi pilihan? None of this above. 100 % sangat mustahil. Hehehehe…

Jadi, siapakah gerangan si dia yg di maksudkan. Wallualam. Sebetulnyer, aku pon masih tak tau siapa si dia itu. Sebab jodoh, rezeki, ajal & maut adalah rahsia Allah dekat hamba-Nya. Siapa la aku nak persoalkan rahsia Allah. Hanya Dia yang lebih mengetahui lebih dari orang lain.

Tapi, at this moment, si dia hanyalah “Mr Research” & “Mr Samad”. These 2 “men” are the most “precious” boyfie to me…Hehehehe….onion16

 

 

100_1142

Fyi, this is Mr Samad onion54

 

Mencari si dia yang tidak hensem & tidak terlalu kaya. Sebab kalau hensem, orang akan kata, suami hensem, bini biasa je. Kesian, jadi modal orang nak mengata. Dan, kalau dapat yang terlalu kaya, nanti aku terpaksa jadi high maintenance dan kaya tu salah 1 dugaan Allah utk kita.  Biarlah sederhana sahaja.

Pendek kata, mencari yg macam di bawah ini

down_arrow

lelaki-soleh-300x200

Si dia

Just 1 word to describe him

“SEDERHANA”

Sederhana dari segala sudut.

Tak mencari yg soleh, tapi mencari yg sentiasa dekat dengan Allah.

Tak mencari yg alim, tapi mencari yg tidak lupa solat.

Tak mencari yang menang hafazan, tapi mencari yang boleh bertadarus dengan aku di kala subuh

Tak mencari yang berpangkat, tapi mencari yang boleh menjadi ketua keluarga yang baik

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

mrrite

P/s- Pandai tak aku cover? Hahahahahha…..Bila tiba masa yg sesuai, akan diberitahu. Takpun, menjemput terus, lagi best kan :p Lariiikkk…..

sweet fifteen? always!!!!

Saya masih sweet fifteen.  Masih muda di hati & di wajah…hahahah…..

100_1385 

inilah rupa sweet fifteen onion49

Muda belia kan? Nak muda dari 15? 13 boleh? Hahaha….It look like saya meng-tidak-kan my own age kan….Nope, I am not.

Tak salah nak jadi muda selalu, sebab realitinyer orang takut utk jadi tua.

Tua tak boleh jadi muda, tapi bila muda, lambat utk jadi tua.

So, which one do you prefer? A or B?

Either one pon, realitinyer jugak kita akan menghadapi hari tua.

Hehehe :)

Just turn 25. Tua? Nope, age is just a number, number and always gonna be numbers!!!!!

The only things that count is our heart

Love_heart

Again, thanks for all the wishes that I received thru phone calls, sms, facebook. It just made my 25th birthday so special. On top of that, supervisor belanja Manhattan fish market and paksu & maksu came all the way from Perak just to celebrate my birthday. Hepi yg amat. Thanks Allah for gave me such good friends, supervisor and the most important thing is my superb family :) onion76

 

P/s- Tahun depan “sweet sixteen”, berharap dapat sambut dengan si dia. Miahahaha :p

I miss them T_T

Baru je cuti few weeks ago, skrg dah rindu nak lecture, dah rindu nak pegang marker pen, conteng2 whiteboard, smpai terconteng muka sekali…I miss that moment sooooooo much. Allah, pls give me strength to go thru this hard feeling. Saat itu sekejap, tapi kenangannyer sepanjang hayat. Saya rindu student sya yg suka loyar buruk. Tak jadi nak marah sbb sya akan gelak dgn mereka sekali. Saya rindu every single things yg ada kat Makom3,4, EM makom, autocad lab…

It just a short time, but it full with lots of enjoyment, excitement. Walaupun hakikatnyer, kadang2 saya stress, tapi yg indah overcome yg stress..saya rindu nak bangun pagi, siap2 nak pg lecture sbb skrg asek keje nak tido je all the time…..and then, bila sampai kampus,  masuk lab,  student takde, rasa nak marah, tapi bila tgk muka student, hilang rasa marah. How I love teaching and gonna miss the moment so much….Im not a good teacher, but I can be a good friend to my students :) They are just like my brothers and sisters to me. I’d rather put myself as a good friend to them so that we can have a good brotherhood/sisterhood relationship…

Instantly, saya dapat adik lelaki & adik perempuan seramai 104 orang….Dari single daughter, now I have 100++ brothers and sisters….Semoga sem depan, rezeki menyebelahi saya supaya saya dapat teruskan minat saya utk mengajar…..Dari kecik lg, memang impian saya nak jadi cikgu, tapi mak cakap, upgrade sikit cita2, dari cikgu ke pensyarah….Alhamdulillah mak, ur words becomes true and now look who i am…I am a lecturer walaupun part time je, but pengalaman pendek jadi lecturer itu sangat2 priceless utk saya. Bukan gaji yg saya kejar, saya mahukan experience as lecturer.

Nak abiskan sekolah cepat2 supaya saya dapat teruskan cita2 saya…yg penting, saya nk didik anak bangsa saya….apa yg penting lagi, saya nak tolong saudara islam saya. Mungkin dari segi kewangan, I cant afford to help them, tapi ilmu yg Allah pinjamkan, saya boleh spread kepada semua orang. Itu juga bekalan saya ke akhirat kelak. InsyaALLAH….pelaburan yg tak perlukan duit, cukup dgn azam… :)

 

P/s- Rindu student2 saya sgt2 :(

 

100_1058

100_1091 

Dapat capture 2 group je. 2 lagi x sempat sbb sibuk dgn asgmt…. tapi saya tetap saya mereka semua :)

October 16, 2011

Advance birthday present ^____^

      diamond-tennis-bracelet+ BIRTHDAY_CAKE

Sempena nak menyambut jubli perak yg  tak beberapa hari lagik, saya dapat hadiah paling mahal…Setakat nie la onion47 …Hihi…Ayah bagi gelang tangan emas….tapi bukan mcm kat atas tu…yg tu siap ada diamond….tak mampu…wuwuwuwu…

Bukan senang nak dapat sesuatu dari dia, so bila peluang dah ada, rugi la kalo lepaskan…Hihihi…Thanks ayah for the bracelet…It looks pretty on my chubby right hand…..Lepas dapat gelang, cuba pujuk dia utk beli rantai…Sekali dia cakap, rantai basikal boleh? choooiiii… onion17

Tapi takpe, jangan tamak, daripada takde pape, baik lah dapat 1…Hihihi….

Masa aku kecil dulu, aku memang rimas sgt nak memakai barang kemas nie. Time raya je aku pakai, lepas raya aku akan londeh segala2nyer…sebab utamanyer mungkin sbb p sekolah mana leh pakai barang kemas, 1 lagi memang tak suka pakai…rasa cam ada sesuatu kat leher & tangan….Hehehe….Tapi, sekarang, bila lalu depan kedai emas, nampak lawa je display items kat display rack tu….Tapi, bila kenangkan harganyer, garu kepala aku….Dah la emas mahal, takde 10k dalam tangan, jgn mimpi la nak beli barang kemas…..Kalau pon takde 10k, ada 5k pon takat dapat gelang & rantai seutas…So, cukuplah beli utk pakai, tak perlu beli banyak2 pastu x pakai…nanti kena bayar zakat….

P/s- Teringat masa noris akad nikah, masa nak batalkan air sembahyang, husband dia bagi gelang, instead of cincin…Menarik….Sudah mula berangan nak mintak gelang jugak dekat si dia :) Weheeeeeeee

Wanita solehah vs Lelaki soleh

Taken from Pemikiran seorang remaja

 

Muslimah Solehah 1

 

“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
“Macam cari gagak putih,” tambahnya.
“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.
“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”
“Oh gitu ….. biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”
“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.

UKUR TAKWA

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.
“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”
“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

ADA CARA LAIN

“Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.
“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”
“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”

LEBIH TEPAT

“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”

TERLALU IDEAL

“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”
“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”
“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.
“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”
“Maksudnya?”


“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

“Boleh lebih kurang lah ni ye?”
“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”
“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”
“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”
“Oh saya faham”
“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”
“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”
“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”

……Sekadar ingin berkongsi dgn rakan2 sekalian …ada betul jugak nyer kan

Wallahu Taa’la A’lam(())

P/s- Simple tapi dalam jugak maksudnya :)

October 15, 2011

suami kita, bestfriend kita =.=”

 

To_My__468_be2

Nikah pon belum, boifren pon takde lg, sibuk cite pasal suami yer…hihihi….Last 2 weeks masa tengah common marking dgn group csc, tiba2 sembang pasal kawen…..Mulanyer dari kak wah, bising2 pasal bff dia nak akad nikah, kitaorang igt ke dia yg nak akad nikah…hihihi….lepas tu, kak ita memulakan bicara….Ayat yg simple, tapi dalam maksud…Buat aku berfikir berpuluh juta kali.

 

“Nanti bila dah kawen, segalanyer akan terbatas. Suami kita adalah bestfren kita”

Hmm…As simple as that dia nak sampaikan msg tentang perkahwinan. Baru nak cecah 25 tahun, and I know nothing about marriage, except, penyatuan 2 hati & 2 keluarga. Bukan lah tak tau apa lgsung, cuma x pernah nak fikir secara teliti..Hehehe…sat orang kata aku desperate pulak. Pengalaman mengajar aku. Mencari yg tidak sempurna tetapi agamanya teguh. Mencari yg sederhana, tetapi takwanya tinggi. Mencari yg biasa sahaja, tetapi taat pada Allah. Aku pon tak perfect, apatah lagi nak dikategorikan as wanita solehah. Masih tak cukup nak dapat gelaran tu, tapi insyaALLAH, masih menjaga batas agama, pergaulan. Dan, semoga ia kekal selama2nya :)

Baru2 nie my BFF dah melangkah ke alam baru. Im so hepi for her. Sedih masa tengok majlis akad nikah dia. Once dia sah jadi isteri orang, masa tu aku terpikir yg aku dah tak boleh nak share my feeling dekat dia. Priority dia hanya utk suami & keluarga dia. Saya tak hilang dia, cuma saya kurang 1 BFF…sbb dia dah jadi hak orang lain. She looks stunning in goldish yellow pagi tu and so damn pretty with her snow white dress. Sikit gambar masa akad nikah & her wedding day :)

 

100_1329

 

100_1337

For now, bff saya adalah mummy saya, kucing saya & my BFF….hihihi…saya tak ramai kawan. Bkn sbb saya sombong, tapi less is better, yg penting kita trust dia :)

To my BFF, thanks for your understanding and always be here whenever I need you :) love you soooooo much BFF onion25