March 27, 2012

Saya mahu ada bakeri sendiri ;)

bakery

Picture : Thanks uncle google :) 

 

Salam,

Dulu masa zaman hingusan, konfem takde yang bercita-cita nak bukak bakeri, bukak restoran atau pon apa2 je berkaitan dengan perniagaan. Mungkin ada la, tapi, bukan directly cakap kat cikgu - “Saya nak bukak restoran,cikgu”. Kurang2 pon, dorang akan cakap, saya nak jadi macam ayah saya, atau saya nak sambung apa yang ayah saya buat sekarang. Time changed and people too….

Masa dulu, if cikgu tanya cita-cita saya, di antara jawapan standard saya – cikgu, polis atau doktor. Bila umur meningkat & makin banyak perkataan baru yg kita tau, cikgu bukan lagi jadi sebutan, upgrade sikit, saya nak jadi pensyarah, saya nak jadi veterinar atau yg paling popular sekarang, saya nak jadi angkasawan. Auuww….

Begitu juga la saya pon. Mak cakap, kalau tak boleh jadi cikgu, upgrade cita-cita saya. Jadi pensyarah. Alhamdulillah. Pengalaman pendek jadi pensyarah UiTM sentiasa ada di ingatan, setiap detik saya selalu teringat kenangan tu. Untuk masa sekarang, cita-cita saya, i mean, “short-term ambition” nak hantar 10 copies draft ke IPS –> waiting for viva voce –> viva preparation –> correction –> prepare the final version of my own thesis. InsyaALLAH.

Tapi, saya ada cita-cita yang baru saya discover ;) Minat untuk bakar membakar, buat saya terasa nak bukak 1 bakeri. Idea banyak, tapi iye la, proses tu amat lah susah. Banyak yang perlu diusahakan, banyak yg perlu dikorban. Untuk masa sekarang, masa saya banyak untuk masters saya, so mungkin lepas ni la kot yer. Hehehe…

Impikan sebuah bakeri yang sama concept macam dalam citer hotaru no hikari, ada balcony, terasa mcm di rumah, ada kucing2 comel pada yg cats lover macam saya. Dan, yang paling penting, apa yg dihidangkan mesti 100% homemade. Dan, di antara menunyer :

100_2697

 

choc chunk cookies

100_2685

choc chip , oats & nuts cookies

 

100_2527

 

red velvet cupcake

100_2366

simple butter cupcake

 

100_2576

   

simple butter cake with cheese cream

 

Ini cuma imagination…Hihihi….way to go shakirah ;)

 

** Lepas nie perlu belajar buat roti pulak. Teringin nak buat cinnamon roll ;)

1 comment:

Mrs. Ady Firdaus said...

bg aku skit...aku dh check aku memg xde kepakaran nak berbaker2 semua...tapi kalo nak suruh masak lauk aku ok je...