March 23, 2012

Seminggu yang sungguh pantas

no-photo

 

Salam,

Sudah hampir seminggu paklong pergi meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun keluarga kami bukanlah keluarga harmoni, tapi kehilangan paklong tu amatlah saya terasa. Sebab seingat saya, di saat saya dah boleh mengingati sesuatu, banyak perkara yang saya ingat tentang arwah. Masa saya kecik2, memang saya tak ingat, tapi mak selalu cite yang masa mak pegi keje, paklong & pacik saya yang bergilir menjaga saya. Bila saya dah boleh mengingati & mengenali sesuatu, saya masih ingat lagi, bila arwah nak pegi keluar dengan kawan2, dia mesti tanya, nak kentucky atau mcdonald. Dan setiap kali dia balik, memang tak pernah tangan kosong, sbb memang dia akan beli kids meal untuk saya. Itu yang saya ingat masa kecik2.

Arwah seorang yang pandai memasak. Cakap je nak makan apa, mesti dia boleh buat. Dan, kali terakhir saya makan dia masak, akhir tahun lepas, saya beli barang2 and dia masak mee goreng basah. Itu la yang terakhir.

Sepanjang arwah berada di hospital ( seminggu sebelum arwah pergi), setiap kali waktu melawat, saya & mak mesti pg. Walaupun saya penat & taknak pegi, mak nak jugak pegi melawat. Tak ada buah tangan yang boleh dibawak since arwah memang dah tak sedar. Hingga la saat terakhir arwah di dunia nie, saya ada disebelah. Saya tak menangis sbb saya rela arwah pegi dari arwah merana dengan bantuan mesin, dengan kesakitan hari2 kena ambil sampel darah untuk ujian.

Hari jumaat tengahari, doktor dan inform pada wife dia yang keadaan dia makin teruk, dan apa saje kemungkinan boleh berlaku. So, doktor mintak family prepare for the worst. Tapi, never expected yang secepat tu ia akan terjadi. Waktu melawat petang, saya & mak datang awal. Biasa lah,mak saya, taknak terlepas pandang adik dia sekejap pon. Kebetulan masa tu, saya belum solat asar, saya pegi surau, tapi terlena sekejap, penat seminggu ulang alik hospital, so, around 6pm, saya naik wad semula, ganti tempat mak, tlg teman arwah. Baru baca 3-4 helai surat yassin, mak ngah saya datang & cakap arwah tak bernafas, saya panggil nurse pelatih, tapi dorang susah nak cari nadi. Then, doktor bertugas datang nak tengok keadaan. Masa tu, memang agak serius dan menakutkan. Anything can happen. Bila dia cuba panggil arwah, tapi takde respon, tirai dah kena tutup & pakar jantung datang. Then, pakar jantung inform mak yang mereka cuba untuk beri bantuan kecemasan sbb jantung arwah berhenti berdenyut. 20 minutes gone…..Allah lebih sayangkan arwah. Innalillah, arwah pergi tepat pukul 7 petang, hari jumaat 16 mac 2012, lepas doktor cuba sedaya upaya untuk selamatkan arwah.

 

Alhamdulillah, mula dari proses nak discharge hospital sampai la ke pengebumian, semua berjalan lancar. Semoga arwah tenang disana.

Yang masih hidup, perlu teruskan kehidupan & setiap kematian itu, ada pengajaran yang boleh diambil. Yang nyata, mati itu pasti, cuma bila, di mana & bagaimana itu rahsia Allah. Apa yang penting, amalan untuk dibawa ke sana cukup supaya masa kita bertemu Allah nanti, dalam keadaan yang baik. InsyaALLAH.

 

Al-Fatihah

1 comment:

Mrs. Ady Firdaus said...

al-fatihah...................1 dan 1 pergi dan mati adalah pasti