December 26, 2012

Sharing is caring :)

Salam,

allahclouds

"Bukan kesusahan yang membuat kita takut, tetapi ketakutan yang membuatkan kita susah.

Oleh itu, jangan pernah cuba untuk kalah & jangan pernah kalah untuk mencuba.

Maka jangan katakan pada Allah, aku ada masalah, tetapi katakan pada masalah, aku ada Allah yang Maha segalanya.

 

(Ali bin Abi Talib)

Open letter

muslimah_v02_by_yip87

Awak,

Jangan pernah berkata-kata sesuatu yang membuat hati wanita tersentuh ketika awak sunyi tidak berteman,

Jangan pernah bertanya sesuatu yang membuatkan hati wanita mencari jawapannya ketika awak merasakan soalan itu hanya teka teki mainan awak,

Jangan pernah menyatakan sesuatu yang indah, sedangkan awak hanya berkhayal.

dan,

Jangan pernah membuat wanita itu berharap jika awak tidak berniat untuk memberi pengharapan.

Kerana,

Hati wanita sangat lembut dan sering kalah dengan kata-kata,

Hati wanita sangat cepat mentafsir setiap kata-kata  yang didengarinya,

Hati wanita mudah terpaut pada sesuatu yang indah,

dan

Hati kecil ini mudah rapuh jika pengharapan itu palsu.

 

Tapi awak,

Terima kasih saya pada awak kerana awak membuatkan saya lebih dekat dengan Dia,

Terima kasih saya pada awak kerana awak membuatkan saya lebih yakin pilihan Dia adalah terbaik untuk saya,

Terima kasih saya pada awak kerana awak membuatkan saya tahu awak bukanlah yang terbaik untuk saya.

 

-anon-

peace Y(^_^)Y

November 16, 2012

Selamat Pengantin baru, bff :)

Salam,

Salam maal hijrah untuk semua. Jumaat pertama di awal tahun. Alhamdulillah, ramai jugak yang ambil kesempatan utk melangsungkan perkahwinan. Well, same goes to my besties since 1999….

She is my very best friend since day one in my first secondary school, and now she’s still my bestfriend.

 

Selamat Pengantin Baru to my dear zanna & husband.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah.

Semoga mendapat zuriat yang soleh & solehah.

 

I was so busy with the concert day, tak sempat nak p akad nikah ( well, I love the word akad nikah much more than solemnization, but, nowadays, people tend to use the solemnization rather than akad nikah, idk….)

As I am busy with the concert & my writing, I don’t hv time to look for the card, so, menggunakan “kepakaran” yang nan hado, I  made 1 simple card for her Smile 

Here’s the card…..

C360_2012-11-16-21-52-46

P/s : Seorang demi seorang kawan saya bertukar status…Fufufufufu……

November 4, 2012

Peneman setia :)

Salam,

A picture worth a thousand words. Jom tengok peneman setia saya setiap masa. He’s so dedicated!!. Hahahah…. Love him even  more ! Smile 

100_5117

 

100_5126

P/s- Real boyfriend pon tak sesetia dia Smile with tongue out

November 3, 2012

Muhasabah cinta :)

apa-cinta-itu

 

Salam,

Lagu yang dapat beri impak pada orang yang betul2 menghayati setiap nasihat yang ingin disampaikan.

 

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu
Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff:

(Sumber : http://liriknasyid.net)

P/s – Saya sertakan link ke youtube utk official MV “Muhasabah cinta”. Tak pasti apa masalah live writer nie, tak boleh nak letak link video, terus crash…wuwuwuuwuwu

 

Edcoustic Muhasabah Cinta

Misc ;)

Salam,

Too much time spend on facebook, and now I decided to go offline for a little while……baiklah berdiam diri seketika, muhasabah diri and fokus pada apa yang patut fokus…..

Working part time as kindi teacher is sometimes a tiring job. Need to do extra work as they called it “teamwork” (hopefully none of the teacher will find this blog or else im a dead meat…kui3)….Well, it’s not really a teamwork, but since it is an instruction, no option for me… I have to consider it as a “teamwork”….hihihihi….. the concert is just around the corner, yet the preparation is way behind from the schedule….. well, I don’t have right to questions about the preparation, but based on my point of view, the preparation supposed to start earlier, not in the mid of 2012…. only if  ( or if only?  not sure which one is correct) the children can listen and can remember all those steps and lines, there will be less effort to train them for the concert. Tapi takpe la, we just observe, wait and see what going to happen on the concert day….

even tough is such a tiring job, but to be honest, I really enjoy working there. I love children so much… they always made my day Smile  kadang2 nak marah, tapi bila tengok muka yang kiut miut, the anger just gone with the wind….hihihihi….. I don’t have to try so hard to please them anymore as nowadays they listen to what I say…..alhamdulillah…. it such a relief when now less effort needed to make them pay attention, no more shouting, just “bribe” them with my own drawing and ask them to colour it….

adoyai, 10 children…hahaha…sakit tangan nak drawing for each of them…..tapi, xpe la, as long as they happy, saya pun hepi sekali….. when I took 2 days leave, I cant stop thinking about them….hahahaha…im just crazy about my “instant” children…..so adorable, so funny, so lawak, so kiut….hehehehe…. but believe me, working as kindi teacher is not an easy job, man! if only u can tahan with the child 1001 behavior, then only u can work there….hihihi…..alhamdulillah, I also experienced hard time , but I managed to overcome the hard time with other teachers help….

Here’s the pictures of my adorable lil’ prince and princess

 

100_4915

 

100_4922

 

P/s – masa mula2 nak wat entry ni, I got something else to share, tapi end up cita pasai keja pulak….well, mybe on the next entry kot….

October 8, 2012

Pen & paper ;)

100_4914

Salam,

Sudah beberapa minggu  menghadap computer dengan harapan adalah ayat penggerak untuk start writing chapter 4. Tapi, apakan daya, setiap kali menghadap Word, minda saya blank, sama blank mcm word sheet…merana melihat progress chapter 4 walaupun saya sedar tak berapa lama lagi saya akan dapat 1st soft reminder dari sv all the way from Riyadh asking for chapter 4 progress…..

So, an alternative, I took out a bunch of plain paper (amek dari KLCC masa pegi ITSIM), a pen and start writing the draft of my chapter 4. Diri saya selalu self sabotage as saya selalu bermonolog:- susahnyer nak kick-off chapter 4 sbb tak ada thesis yang buat 80% qualitative. And, luckily I talked to kak zila today and she email to me our sv PhD thesis. Alhamdulillah, looking at her thesis, rasa release sikit tensyen….now saya rasa im totally on the right track…Hehehe….everytime pun tak penah ada kat on the right track :P

I read 3 books on writing the thematic analysis findings, yet I didnt find any conclusion….apa lah, selalu sangat jadi macam nie….But, Pen & paper did helped me a lot!!!!! word by word and now i can make 3-4 sentences…..shud hv begin this “method” dulu lagi…now, kena super speed up writing chapter 4 because i got 4 more chapters to catch up….whoooaaaaaa…..saya tak suka nombor 4……..

 

P/s- Ikimonogakari will release their ballad compilation album which cost 3200 yen ~ MYR 125……the price is aiyooook, way toooo expensive T_T

September 25, 2012

Part time job with adorables :)

Salam,

Lama tak merepek kat blog sendiri. As of now, quite occupied with multitasking job…haha…siang hari i become a kindi teacher and back home im just a normal masters student who struggling to finish her writing…Love my new part time job so much…quite tiring but i enjoyed.  Tengok si adorable makes me feel soooooooooo happy…..walaupun kadang2 my boiling point went up high, but when i hug them i can feel the love…how much i loves kiddy…now i know how mummies feel when they see their kids growing up…… *its a great feeling* *cough*

Semoga kerja nie kekal and what can i do now is to practice to be a multitasking person :)

 

P/s- Tomorrow we will be having a photo session and its great to take photo with all my adorable kids :)

August 9, 2012

kasut saya tak sama dengan kasut awak :)

Salam, 


(sumber : google)


Setiap manusia lahir dengan sifat & takdir yang Allah dah dahulu tetapkan sebelum lahir lagi. So, setiap manusia tak mungkin ada nasib yang sama, walaupun kembar. Bahkan, kembar pun Allah cipta dengan sedikit perbezaan yang mata kasar tak nampak. Teringat saya masa buat minor research, topik berkaitan dengan biometric identification dan kami ( saya, akma & lili) pilih tajuk iris recognition. walaupun kembar dilahirkan seiras, iris mata pasangan kembar tetap tak sama. Besarnya kuasa Allah nak tunjuk bahawa kembar yang seiras yang mungkin berbeza selang masa 1 minit pun ada perbezaan. Point yang saya nak kata ialah setiap orang di atas muka bumi nie tak akan dapat nasib yang sama. Kalaulah ada orang cakap nasib dia sama dengan nasib orang lain, mungkin ia hanya kebetulan nasib mereka. 
Perancangan Allah adalah yang paling baik dan setiap apa yang berlaku, ada kisahnya dan ada hikmah yang kita kena cari. 

 So, "kasut" yang saya pakai tak akan sama dengan "kasut" awak. ( Saya translate dari pepatah inggeris yang selalu orang kata :- You're not in my shoes). Cantik pepatah ni sebenarnya. Pendapat saya, "kasut" yang cuba disampaikan ialah kehidupan seseorang individu. Dulu, saya suka nilai orang dari sudut pandangan saya sendiri, dan saya suka nilai dari apa yang saya nampak secara luaran. Semakin saya matang ( atau mungkin pertambahan usia) saya dah tak cepat nilai orang berdasarkan luaran sahaja. Banyak kesilapan yang kita akan buat kalau kita nilai orang dari segi luaran semata-mata. Mungkin jika kita tersilap menilai, kita akan rugi. 

Apa yang rugi? Sama-sama kita fikir :)

P/s : Dah beli kasut raya? Kat bata ada offer. Jenama tak penting, yang penting, nak bergerak selesa :)

August 7, 2012

Our life is an endless journey

j

-Kembara hidup-

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

“ Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan, Sering daku terlupa sering jua daku terleka,

Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata”

(http://liriknasyid.com)

Salam,

Tertarik saya dengan lirik kembara hidup. Dalam maksudnya. Lirik straightforward, tapi maksudnya dapat beri impak pada orang yang mendengar

Muzik adalah salah satu medium yang berkesan untuk berdakwah. Tapi, saya rasa, sekarang nie makin kurang orang yang mendengar nasyid, dan kebanyakkan lagu bersifat ketuhanan dah di-kontemporari-kan. Tak ada salahnya me-moden-kan lagu nasyid, tapi saya rasa lebih baik kalau nasyid kekal dengan melodi yang bersifat lembut, supaya pendengar dapat menghayati maksud, bukan hanya menghafal tanpa memahami mesej lagu. Di antara lagu yang memberi kesan pada saya sampai sekarang, lagu Sumayyah – Hijaz. Ada kala, sebak saya dengar lagu Sumayyah. Menceritakan kisah sri kandi Sumayyah yang mati syahid.

Dari lagu juga saya dapat menghafal 25 Rasul & bulan2 islam. Hebat kan impak lagu pada manusia :)

P/s- Kenapa saya suka ikimonogakari? Kebanyakkan lagu mereka bersifat motivasi. Tetapi lagu2 ikimonogakari terlalu abstrak dan banyak guna metafora, perlu banyak “mentafsir” maksud di sebalik lirik :)

August 6, 2012

Congrats LCW

lcw

(Picture from maduu.com)

Tahniah LCW!

Tahniah again for the well-played game!We are so inspired. You play with all your heart. Tapi adat bertanding, ada menang, mesti ada yang tak menang. Kalah isn’t a good word for a warrior like LCW… Walaupun baru je pulih dari kecederaan masa Thomas Cup, LCW masih bersemangat nak bermain di Olympics…Nasib la tak ada yang berlaku masa olimpik semalam, risau jugak ;)

Saya bukanlah die-hard-fans badminton, tapi memerhatikan game semalam, betul lah kata pengulas, banyak salah tafsiran, banyak mistakes dari Lin Dan & LCW…After all, game macam nie bukanlah 100% berdasarkan tenaga, tapi nasib & persekitaran. Macam semalam, LCW struggle juga bila terpaksa swap gelanggang & dia tak biasa dengan air circulation dalam Wembley Arena ( berdasarkan apa yang diperkatakan pengulas), but he managed to continue with the game. Disaat akhir, LCW tersilap tafsir ( nie pun berdasarkan kata2 pengulas), shuttle masih dalam gelanggang, tapi LCW ingat terkeluar…Itu lah, semua bergantung pada nasib.

Insya Allah, mana tau ada rezeki di next Olympics…Apa pun, LCW memang terbaik. Takde tapi2, takde cuma2, sebab, dia memang terbaik !

Word for LCW

“I never thought of losing, but now that it's happened, the only thing is to do it right. That's my obligation to all the people who believe in me. We all have to take defeats in life.” – Muhammad Ali

P/s : We play to win, but, “not to win” is the “other option” that we have to accept. Don’t worry LCW, there is always next time for you and for us, Malaysians :) 

August 5, 2012

Salam ramadan :)

Salam,

Agak lama tak mengupdate sesuatu kat blog nie….sesungguhnya saya tak berkesempatan nak bukak windows live sbb sangat sibuk dengan data collection ( collect data, make sure data cukup untuk research saya, interview respondents untuk data lebih data, kumpul mana2 dokumen yang relevan yang boleh dijadikan data………)

Itu antara proses yang berlaku sepanjang data collection…Im doing a case study and among the DISADVANTAGES of case study is time consuming….yeap, couldnt agree more…it suppose to be a full ONLINE mentoring session between respondents, but I end up at the orphanage as middle person every single days throughout 5 weeks….pheww…...Time consuming….. and gas consuming too as I drove there almost every day….. Mostly to help them (orphans) configure the PC, not the system…they have a strict rule, have certain time to access the computer, need to ask the guardian the password, and the password keep changing almost every day… So, to make my work easier,  i created a new account so that i dont hv to wait for the “abg”  or his wife to give me the password…

Alhamdulillah, thru-out 5 weeks, everything went smoothly and it finished within the time limit….Despite everything, I knew that I have contributed something at least to the orphans… Though my research might be not sufficient enough to some people, but I feel over-satisfied with the process…

The next phase take place now…Im in the middle of  doing my data analysis…Struggle with this phase much more than data collection…We can still manipulate things and situation during data collection, but when we are up to data analysis, there is nothing much we can manipulate( i still think that manipulating data is unethical attitude)……the research result will be based on the analysis…

Hopefully, everything will be going smooth and easy…Im doing what I love to do, so I suppose this will be the advantage to myself because Im not doing something that people ask me to do, but Im doing what I really love to do……InsyaAllah……

Here’s some pictures during the data collection….And salam ramadan to all muslims….2 weeks left before aidilfitri, it means that 2 weeks left for me to prepare my abstract to be included in my notice of thesis submission this september….

 

1

2

3  

P/s- When something comes to the end, we really appreciate what we have been thru….the hurdles, the struggles and I believe it help us to be a better person…or a better muslim/muslimah :)

June 1, 2012

Nikmat dugaan

 

tenang (1)

 

Allah duga kita supaya kita tidak jauh tersesat.

Nikmat dugaan - Makin dekat diri kita dengan Allah, makin bertambah amalan yang dulu liat nak buat, makin cepat bersyukur walaupun nikmat tu amatlah kecil & makin tenang jiwa walaupun dugaan itu rasa berat

(mak, 2012)

 

cry

P/s- Erti kata lain, Allah sayang pada kita. Walaupun banyak dosa, Allah tetap sayang hamba-Nya. Yang penting, selalu mintak keampunan, upgrade ibadah kita. Wallahualam.

May 28, 2012

Cara meng-delete blank page di MS Word

Salam,

 image

Telah agak berzaman saya menggunakan MS Word. Dari zaman sekolah hingga la zaman universiti. Di antara application yang wajib ada di setiap komputer di dunia…Even yang pakai Mac pon ada jugak kot apps nie supaya mudah nak membaca article yang ada dalam .doc format.

Walaupun berzaman dah pakai, cuma kadang2 bila datang masalah nak delete last page kat word doc nie memang membuatkan saya hangin satu badan. Dok tekan button delete, backspace, sume tak menjadi, takmau jugak delete page last…orang penang kata, ketegaq….

Finally, saya jumpa the most simplest way to delete last blank page di word doc. Yes, it takes u less than 10 sec, less than 10 fingers to delete the last page.

 

CTRL + END + BACKSPACE

 

Source : Yay! It works

 

Huwaaa…Nak menangis rasa. Nape la dulu2 tak google je mencari cara. Kesian, dah tua2 mcm nie baru tau caranyer….Teramat lah mudah. Bila saya dah cuba, terus saya terkagum sekejap. Wah, it works! Hahaha…macam jakun kejap.

blush

May 20, 2012

Match, matches, match-making?

Salam,

image002

Masih relevan ke zaman sekarang? Atau lebih relevan kalau cari sendiri?

Mungkin ada pro & kontra jugak kan.

Masih berfikir ;)

April 6, 2012

1st international publication ;)

Salam,

Few days ago dapat email dari sv awal2 pagi bawak berita baik untuk saya. My very first international publication ;) Walaupun tak related dengan research saya, but working on this publication is such a wonderful journey :) Saya dikelilingi dengan mereka2 yang sangat professional, dean school saya, senior lecturers & of course sv saya jugak :)

Masa tu, saya masih freshie masters, teringat lagi bila terpaksa bahagi masa nak pegi kelas research method dengan meeting dengan employability team. Masa nak hantar final version, orang paling bz adalah saya. hehehe…sbbnyer tugas saya untuk make sure formatting ikut standard. Throughout nak siapkan publication nie, saya banyak tolong on admin site je and sometimes saya bagi la jugak idea walaupun ciput je…iye la kan, saya nie mcm anak jagung, yg lain suma mak2 jagung & cuma ada sorang je ayah jagung…heheheh

Whatever it is, banyak pengalaman yang saya dapat masa jadi part of the team.  Bekerja dalam team of professional is not easy, though… banyak sangat benda yang di-argue sbb masing2 ada point of view masing2….Tapi, alhamdulillah, everything went well. And, ini lah hasilnyer….Tadaaaaa….

image image

Picture courtesy : Snap dari pdf & Unesco bangkok website

 

Full version of this publication can be found HERE

March 30, 2012

Ciptaan Allah yang sangat indah ;)

Salam,

For the first time naik flight, walaupun hanya flight kecik – firefly, tp dapat jugak saya merasa naik flight yg 100% sponsor oleh sv saya. Hihihi… Apa yang saya kagum, bukan pilot atau flight attendance yang sangat dedicated, tetapi bila saya lihat di luar tingkap, berada sama aras dengan awan, berada lebih tinggi dari bukit & terasa di awangan.

Terasa indah sungguh ciptaan Allah, bila dapat lihat awan yang bergantungan tanpa sokongan, bila lihat bukit yang sesempurna bentuk bukit dan gunung. Bila lihat perbezaan 2 warna air laut ( mungkin beza warna sebab faktor kedalaman kot). Tapi apa pon, keindahan yang tak mampu nak diungkap dgn apa perkataan kecuali SubhanaAllah.

Untuk mereka yang selalu terbang, mungkin perkara nie dah biasa, tapi bagi saya, perjalanan pergi & perjalanan balik sama saje perasaan. Kagum dengan apa yang saya lihat.

Mahu jadi seperti awan, teguh di atas langit tanpa sokongan sesiapa kecuali Allah. Mahu jadi seperti bukit atau gunung, teguh di pandangan kasar & bawak banyak manfaat kepada sekeliling :)

Wah, bermadah, macam nak jadi pujangga. Serius, saya kagum & tak hilang lagi perasaan tu sampai sekarang.

Enjoy the pictures. Dapat snap sikit je, sebab masa leka tengok tingkap, sedar2 terlelap sekejap. Hihihi…kalau dah jenis kuat tidur, memang kat mana pon boleh lelap…hehehehehe

100_2664

100_2666

100_2667

100_2668

100_2674

 

.

.

.

.

.

.

Last, but not least :p

100_2670

March 29, 2012

Accepted…but

Salam,

Berhari2 menunggu & baru hari dapat result paper yang dihantar ke ICCIS 2012. Instead of paper presentation, saya cuma dapat jadi poster presentation. Honestly, saya agak kecewa sbb paper nie agak crucial untuk masters saya. Tapi, mungkin silap saya sama sbb buat paper nie last minit & tak sempat nak proofread and check formatting. Feedback yang saya dapat pon agak so-so, so, hari nie mood saya pon so-so je.

 

image

Wah, sangat half-hearted untuk pegi. Walaupun saya tahu saya akan gabra gile2 ukt present if dapat present full paper, tapi at least, paper saya ada dalam proceedings. Ntah la, mahu jumpa sv & tanya semula, boleh tak kalau nak withdraw je. Nak je hantar ke conference lain. Saya mahu paper saya ada dalam proceeding, bukan sekadar poster. No No No!

March 27, 2012

Saya mahu ada bakeri sendiri ;)

bakery

Picture : Thanks uncle google :) 

 

Salam,

Dulu masa zaman hingusan, konfem takde yang bercita-cita nak bukak bakeri, bukak restoran atau pon apa2 je berkaitan dengan perniagaan. Mungkin ada la, tapi, bukan directly cakap kat cikgu - “Saya nak bukak restoran,cikgu”. Kurang2 pon, dorang akan cakap, saya nak jadi macam ayah saya, atau saya nak sambung apa yang ayah saya buat sekarang. Time changed and people too….

Masa dulu, if cikgu tanya cita-cita saya, di antara jawapan standard saya – cikgu, polis atau doktor. Bila umur meningkat & makin banyak perkataan baru yg kita tau, cikgu bukan lagi jadi sebutan, upgrade sikit, saya nak jadi pensyarah, saya nak jadi veterinar atau yg paling popular sekarang, saya nak jadi angkasawan. Auuww….

Begitu juga la saya pon. Mak cakap, kalau tak boleh jadi cikgu, upgrade cita-cita saya. Jadi pensyarah. Alhamdulillah. Pengalaman pendek jadi pensyarah UiTM sentiasa ada di ingatan, setiap detik saya selalu teringat kenangan tu. Untuk masa sekarang, cita-cita saya, i mean, “short-term ambition” nak hantar 10 copies draft ke IPS –> waiting for viva voce –> viva preparation –> correction –> prepare the final version of my own thesis. InsyaALLAH.

Tapi, saya ada cita-cita yang baru saya discover ;) Minat untuk bakar membakar, buat saya terasa nak bukak 1 bakeri. Idea banyak, tapi iye la, proses tu amat lah susah. Banyak yang perlu diusahakan, banyak yg perlu dikorban. Untuk masa sekarang, masa saya banyak untuk masters saya, so mungkin lepas ni la kot yer. Hehehe…

Impikan sebuah bakeri yang sama concept macam dalam citer hotaru no hikari, ada balcony, terasa mcm di rumah, ada kucing2 comel pada yg cats lover macam saya. Dan, yang paling penting, apa yg dihidangkan mesti 100% homemade. Dan, di antara menunyer :

100_2697

 

choc chunk cookies

100_2685

choc chip , oats & nuts cookies

 

100_2527

 

red velvet cupcake

100_2366

simple butter cupcake

 

100_2576

   

simple butter cake with cheese cream

 

Ini cuma imagination…Hihihi….way to go shakirah ;)

 

** Lepas nie perlu belajar buat roti pulak. Teringin nak buat cinnamon roll ;)

March 26, 2012

Here and there

Sunset

picture : Taken from my documents. Credit to windows ;)

Salam,

Lately, rasa demotivated untuk proceed dengan research, dengan masters & dengan apa je yang melibatkan research. Stuck in the middle of no where, tak tahu nak ke kanan atau ke kiri. Tak pasti nak ke hadapan, atau undur sikit ke belakang. Masters by research driving me insane! Mungkin sbb rehat agak lama, so momentum dah hilang + bosan tnggu feedback untuk access rumah anak yatim. I’ve been waiting quite some time and still pending lagi. Tak paham apa masalahnyer. Tak pasti, permission letter tu sampai ke tak kat big boss. Too tired waiting for something yang memang tak nampak langsung. So, no wonder la perasaan –ve tu wujud bila diri cuba untuk jadi se +ve yg mungkin. Terlalu banyak  guna ayat penyedap hati, sampai hati dah bosan nak dengar ayat2 tu lagi. 3 yrs is not a short time for some people, plenty of things can be done within that time. Kumpul asset or going for vacation every end of the year. Still waiting for that time to come tapi entah bila. Serious, there are times saya rasa bosan & frustrated with all things that I did, tapi right now is not a right time for me to question myself why did this happened to me. 

Again, itu antara kata2 penyedap hati and the truth is, i keep repeating those words whenever I feel like giving up.

Then, there are moments semangat tiba2 datang. Bukanlah tiba2, tapi because of this 1 special person in my life.

Tak pernah sekali pon dia cakap perkara2 yg negative masa saya sedih.

Tak pernah sekali pon dia mintak saya untuk quit bila saya selalu cakap dekat dia saya dah bosan & rasa nak quit.

Tak pernah sekali pon dia tunjuk rasa sedih, susah hati dia pada saya.

And, she’s angel of my heart. Thanks mak :)

And, masa tu saya sedar, whatever i am doing right now, its not for me, its for her. So, sanggup ke saya nak quit hanya kerana saya ikut kata hati saya. Bodohnyer saya rasa masa tu. Sbb terlalu percaya kata hati. Sbb tu la jangan terlalu menipu hati, sbb kadang2 hati tak boleh terima penipuan. Ada masa perlu cakap secara jujur & cari masa untuk cool down.

And, itu la yang saya lakukan. Hanya 1 cara yang paling berkesan untuk cool down. Upgrade ibadah. Tidak terlalu drastik, cuma untuk masa sekarang, sedang didik diri untuk solat di awal waktu. Lama dah tinggal sunat dhuha, InsyaALLAH, cuba untuk menjadikan sunat dhuha rutin setiap pagi. Bukan untuk rezeki lebih, tapi untuk ajak hati untuk dekat dengan Maha Pencipta.

Pendek kata, saya sedang cuba mengubah jadi lebih baik. Ambil masa, tapi tak apa, asal sentiasa di landasan yang betul. Insya Allah :)

March 23, 2012

Seminggu yang sungguh pantas

no-photo

 

Salam,

Sudah hampir seminggu paklong pergi meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun keluarga kami bukanlah keluarga harmoni, tapi kehilangan paklong tu amatlah saya terasa. Sebab seingat saya, di saat saya dah boleh mengingati sesuatu, banyak perkara yang saya ingat tentang arwah. Masa saya kecik2, memang saya tak ingat, tapi mak selalu cite yang masa mak pegi keje, paklong & pacik saya yang bergilir menjaga saya. Bila saya dah boleh mengingati & mengenali sesuatu, saya masih ingat lagi, bila arwah nak pegi keluar dengan kawan2, dia mesti tanya, nak kentucky atau mcdonald. Dan setiap kali dia balik, memang tak pernah tangan kosong, sbb memang dia akan beli kids meal untuk saya. Itu yang saya ingat masa kecik2.

Arwah seorang yang pandai memasak. Cakap je nak makan apa, mesti dia boleh buat. Dan, kali terakhir saya makan dia masak, akhir tahun lepas, saya beli barang2 and dia masak mee goreng basah. Itu la yang terakhir.

Sepanjang arwah berada di hospital ( seminggu sebelum arwah pergi), setiap kali waktu melawat, saya & mak mesti pg. Walaupun saya penat & taknak pegi, mak nak jugak pegi melawat. Tak ada buah tangan yang boleh dibawak since arwah memang dah tak sedar. Hingga la saat terakhir arwah di dunia nie, saya ada disebelah. Saya tak menangis sbb saya rela arwah pegi dari arwah merana dengan bantuan mesin, dengan kesakitan hari2 kena ambil sampel darah untuk ujian.

Hari jumaat tengahari, doktor dan inform pada wife dia yang keadaan dia makin teruk, dan apa saje kemungkinan boleh berlaku. So, doktor mintak family prepare for the worst. Tapi, never expected yang secepat tu ia akan terjadi. Waktu melawat petang, saya & mak datang awal. Biasa lah,mak saya, taknak terlepas pandang adik dia sekejap pon. Kebetulan masa tu, saya belum solat asar, saya pegi surau, tapi terlena sekejap, penat seminggu ulang alik hospital, so, around 6pm, saya naik wad semula, ganti tempat mak, tlg teman arwah. Baru baca 3-4 helai surat yassin, mak ngah saya datang & cakap arwah tak bernafas, saya panggil nurse pelatih, tapi dorang susah nak cari nadi. Then, doktor bertugas datang nak tengok keadaan. Masa tu, memang agak serius dan menakutkan. Anything can happen. Bila dia cuba panggil arwah, tapi takde respon, tirai dah kena tutup & pakar jantung datang. Then, pakar jantung inform mak yang mereka cuba untuk beri bantuan kecemasan sbb jantung arwah berhenti berdenyut. 20 minutes gone…..Allah lebih sayangkan arwah. Innalillah, arwah pergi tepat pukul 7 petang, hari jumaat 16 mac 2012, lepas doktor cuba sedaya upaya untuk selamatkan arwah.

 

Alhamdulillah, mula dari proses nak discharge hospital sampai la ke pengebumian, semua berjalan lancar. Semoga arwah tenang disana.

Yang masih hidup, perlu teruskan kehidupan & setiap kematian itu, ada pengajaran yang boleh diambil. Yang nyata, mati itu pasti, cuma bila, di mana & bagaimana itu rahsia Allah. Apa yang penting, amalan untuk dibawa ke sana cukup supaya masa kita bertemu Allah nanti, dalam keadaan yang baik. InsyaALLAH.

 

Al-Fatihah

March 8, 2012

Falling in love with lemon.. motip?

Law Lemon Wisconsin

tuuut…tuuuuttt…. tq to uncle google for the lovely picture ;)

 

Baru sudah tonyoh2 muka dgn lemon then biar 10 minit sambil meng-goggle benda yg takde kaitan dgn research. Ini lah masalahnyer…Cukup 10 minit, basuh muka, then tonyoh lg skali muka dgn garnier cleanser then baru p solat. Pas solat muka rasa fresh and lembut.

2-3 menjak ni pulak mak rajin slice lemon pastu letak dlm tumbler dia buat p keje. Dengan tumbler saya skali ada lemon slice…hihihi…Finally, dpt jugak la minum air kosong perasa lemon…bitter sket, tapi ok la, tak la sampai kena tutup mata, buat muka ntah apa2….Dah lama sebenarnya mak dok suh minum air letak lemon slice, tapi almaklum, orang rajin macam saya nie, mmg susah nak ikut petua yg simple mcm tu. unless mak yang dah prepare, saya ok aje….

Sedang cuba amalkan air + lemon slice and nak tgk efek dia after 1 week. Tapi, perlu jugak nk pg berjoging, lama dah tak pg….Dah la minggu lepas direct pg fastfood, mmg tak igt dunia bila makan. Baru skrg tersedar, oh, saya nie mmg gemuk sebenarnyer…adoi laaa……parah btol….

Will update perubahan selepas mengamalkan 2 petua nie :

1) tonyoh muka dengan lemon utk hasil kulit lembut + cerah

2) minum air + lemon slice utk detoxify and kempis perut? mungkinkah?

 

 

P/s- Mood ikimonogakari sudah kembali. Hampir hilang minat, tapi just rite on time iki keluar dgn new album …hehehe…. lagu yg sgt kena dgn jiwa saya walaupun hakikatnyer, saya tak paham apa pon….

cover

credit to :ikimono-world.com

 

P/s/s – Excited nak pegi kelantan wpun bkn utk vacation, tp pg atas sbb keje, tp apa yg penting ,for the first time, akan naik flight…Almaklum, budak kampung, mmg tak pernah naik flight. T_T

March 7, 2012

Yay, saya menang!

image

 

Masuk saje2 suka2 dan tak sangka boleh menang. Memang rezeki mak la agaknyer kan.

Manhattan baru je call and boleh redeem prize once they email official letter.

hihihi…teruja sgt. tapi mak cakap, apa2 pon, tunggu dia pg buat routine checkup.

itu la mak saya, masa makan mmg tak igt dunia, bila nak checkup, baru la takut.

tp papepon, saya sayang mak saya!

And the prize is

.

.

.

.

.

.

335156_10151251371480300_102467240299_22979730_1442382011_o

 

best! Dah la mmg fans MFM, dpt plak hadiah *big grin*

February 17, 2012

She mean the world to me :)

100_2125

 

Dear mummy,

Thank you so much for being such a wonderful mother to me.

For bringing me into this world, for the million things you gave me, for all the struggles you have been through, for letting me cry on your shoulder, for the tears you shed when I cried, for the endless support through my ups and downs and for the unconditional loves.

A " thank you" can never be enough.

Mummy, you mean the WORLD to me.

Happy 60th birthday to you, mummy!

 

Sarangheyo mummy!!!!

onion16

February 14, 2012

3rd paper and holiday?

 

it                   ot

ITSIM 2010

 

Working on my 3rd paper and expecting for "educational" holiday this june or july. Hihihi….Grant dah ada, tak payah risau pasal conference fee. What motivates me to write this paper? Unexpectedly, he said " jom" which mean, jom pegi conference sama2…Hihihi….. : lovely:

struggling to begin the writing, otak dah karat, it's been ages tak menulis "small-scale" paper,instead bz writing "big-scale" paper atau thesis. Yet, itu pon banyak lagi tak fulfill sv pnya requirements. Tak cukup literature la, you must educate people on mixed methodology la, lack of details on survey over time la….manyaknyer sv….

Candidacy will end soon…erk, not so soon. 30th June will be my last day as masters student, InsyaALLAH. So, today I met my "main" sv and told her yg tak berapa lama lagi, candidacy period is over, so you better take action. The first word came out from her mouth is " extend". I totally disagree with her and I told her takmau extend. I try to wrap everything up before 30th June.

Feel better bila dah cakap dekat sv about my candidacy issue and currently working on 3rd paper. The momentum suddenly came unexpectedly….unexpected sgt, sebenarnya, everything happen for a reason – refer to the first paragraph…..

kuikuikui :p

 

Target conference?

ICCIS (International Conference on Computer & Information Science)

ICIA(International Conference on Informatics & Application)

local conference orgnized by our school…wuwuwuwu…takmau p yg nie….xdapat bercuti T_T